Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Salam Isra Mikraj

Salam Isra Mikraj





Salam memperingati Peristiwa Israk Mikraj buat seluruh muslimin muslimat 1 dunia. Hari ini 24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438 Hijrah. Hari ini di Malaysia cuti umum 1 negara Sempena Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke XV Sultan Muhammad V dari Kesultanan Kelantan.

Hari ini, pada tarikh hari ini, lebih 1 400 tahun yang lalu, telah berlaku peristiwa penting dalam Sejarah Islam. Hari ini pada 1 400 tahun yang lalu, Allah telah 'menghiburkan' hati Nabi Muhammad SAW. Allah telah meng isra' dan mikraj kan Nabi Muhammad SAW naik ke langit.

Beberapa waktu sebelum peristiwa Isra' Mikraj itu,Ummat Islam dan Bani Hasyim dipulaukan  oleh Kaum Kafir Quraisy.Ummat Islam dan Bani Hashim dihalau dari rumah dan kampung halaman mereka di Kota Makkah lalu ditempatkan di sebuah penempatan khas.

Abu Jahal dan konco-konconya mencegah sesiapa jua dari berdagang dengan Ummat Islam dan Bani Hashim.

Khadihah, seorang muslimah solehah, seorang isteri solehah, seorang usahawan wanita yang pemurah, seorang wanita rupawan dari keturunan mulia menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah.

Khadijah seorang hartawan yang baik budi dan akhlaknya. Bersifat keibuan. Penyayang jiwanya.

Khadijah. Memahami tugas dan tanggungjawab amanah yang terpikul di pundak suaminya.Melihat pengorbanan suaminya setiap detik berlalu. Mengerti betapa dalamnya cinta dan kasih suaminya buat ummatnya.Memahami penderitaan ummat Islam beerti penderitaan suaminya.

Ketika itu, ketika kedatangan awal Islam, golongam penganut Islam kebanyakannya adalah golongan hamba.Golongan berpangkat belum ramai menganut Islam.

Memahami keperluan Ummat Islam, seluruh harta Khadijah telah disumbangkan kepada ummat Islam untuk membeli makanan dan barang keperluan.Terutama ketika dalam tempoh pemulauan itu.

Tahun ke 10 kenabian, Khadijah pergi menghadap Ilahi. Selepas beberapa hari tamatnya tempoh pemulauan itu,Syaidatina Khadijah isteri jua kesayangan Nabi telah kembali menemui Sang Pencipta.

Tiga hari itu sebelum itu, Abu Thalib telah meninggal dunia. Pakcik kesayangan Nabi ini telah banyak bekorban dan menjaga serta memelihara Nabi Muhammad SAW setelah datuk Nabi Muhammad SAW meninggal dunia ketika nabi berusia 8 tahun. Nabi Muhammad SAW  anak yatim piatu sejak usia Nabi 6 tahun.

Sejak Nabi Muhammad berusia 8 tahun,Abu Thalib lah yang memelihara Nabi Muhammad SAW dengan penuh kasih sayang. Ketika Nabi Muhammad SAW telah menjadi rasul, Abu Thalib membela Nabi Muhammad SAW dari dibunuh kafir Quraisy.

Tempoh pemulauan  berakhir apabila anai-anai memakan kertas perjanjian itu yang digantung di Kaabah. Subhanallah.

Nabi Muhammad SAW yang merupakan Utusan Allah, khatamal anbiya', nabi dan rasul terakhir yang Allah utuskan, tiada lagi Nabi dan rasul yang diutuskan sesudah Nabi Muhammad SAW.

Lalu dengan izin Allah pada 27 Rejab lebih 1 400 tahun lalu, Allah meng isra mikraj kan Nabi Muhammad SAW.

PERKONGSIAN SEJARAH PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

Sebelum peristiwa Israk & Mikraj berlaku kepada Nabi, terdapat pelbagai perkara sukar yang mendepani Nabi.

Dan untuk pengetahuan, Israk dan Mikraj berlaku sebelum Hijrah. Maksudnya Islam masih belum diterima, ditolak dan dihina.

Tahun 1-3 kenabian:

Kerasulan bermula, Nabi memulakan dakwah secara rahsia.

Tahun 4 kenabian;

Dakwah secara terang-terangan. Disini Nabi mula disakiti. Ruqayyah dan Ummu Kulthum diceraikan suami. Lalu Saidina Uthman mengahwini Ruqayyah.

Tahun 5 kenabian:

Orang Islam terpaksa berhijrah ke Habsyah. Nabi berpisah dengan Ruqayyah kerana turut hijrah dengan Saidina Uthman.

Tahun 6 kenabian:

Penentangan terhadap Nabi semakin dasyat. Beberapa Kali percubaan demi percubaan untuk membunuh Nabi.

Tahun 7 kenabian:

Bani Hasyim dipulaukan kerana tidak mahu menyerahkan Nabi. Mereka dipulaukan selama 3 tahun.

Tahun 10 kenabian:

Barulah pemulaun berakhir. Namun 'tahun kesedihan' menyusul tatkala Abu Talib meninggal dan tiga hari selepasnya Khadijah pula yang pergi.

Serangan terhadap Nabi semakin menjadi-jadi.

Dakwah Nabi ke Taif ditolak mentah-mentah.Nabi Muhammad SAW dihalau dengan balingan batu-batu bertubi-tubi sehingga berdarah Nabi Muhammad SAW.

😢😭😭😭

Bahkan Nabi Muhammad SAW dikejar sehingga ke luar kota Thauf. Penduduk Thaif  mentertawakan Nabi Muhammad SAW.

Ketika malaikat datang kepada Nabi Muhammad SAW,  hendak menimpakan gunung kepada penduduk Thaif. Nabi Muhammad saw dengan penuh cinta dan positif bahawa satu hari nanti penduduk Thaif akan beriman kepada Allah... 😢😭😭😭😭

Sabarnya nabi. POSITIF nya Nabi..

Selepas itu, Nabi berdakwah kepada 26 Kabilah Arab yang menunaikan haji dalam masa 10 hari, semuanya menolak dengan kasar.

Kini...Rasulullah berada dalam keadaan beban yang memuncak selepas penolakan demi penolakan, penderitaan yang ditanggung.

Allah menghadiahkan kepada Nabi Muhammad iaitu peristiwa Israk dan Mikraj kepada Nabi.

ISRAK
1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
2. Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.

MIKRAJ
1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit
2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.
5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.
10. Melawat Syurga dan Neraka.
11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
12. Naik ke sidratulmuntaha
13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
17. Pulang semula ke Mekah.

Tahun 11 kenabian
Nabi berdakwah kepada Kabilah Arab, enam orang yathrib/madinah menerima dakwah. Nabi hantar Mus'ab bin Umair ke yathrib sebagai dai.

Tahun 12 kenabian
Pada Musim haji: Baiatul Aqabah 1.
12 orang wakil

Zulhijjah : Muslim haji; Baiatul Aqabah 2.
73 lelaki dan 2 wanita bersumpah setia membela Nabi.

Tahun 13 kenabian
Bulan Safar Nabi memulakan HIJRAH

~ketika Hijrah usia Nabi 53 tahun...peristiwa ini perlu dilihat dengàn mata hati Dan kaitkan dengan diri kita. Agar kekuatan dalam pemikiran dapat diterjemahkañ dalam tindakan.

# kredit solusi isu68
#JOMAMALISLAM
#isramikraj
#daulattuanku
#salamisramikraj

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .