Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Temuduga Terbuka Kerjaya Program SL1M Peringkat Zon Pantai Timur 2017


Temuduga Terbuka Kerjaya Program SL1M Peringkat Zon Pantai Timur 2017



Program Temuduga Terbuka SL1M Zon Pantai Timur merupakan sebuah program anjuran Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti Pantai Timur untuk mengecapi impian.

Tarikh Program dijalankan: 29 dan 30 Mac 2017
Lokasi: Sport Centre, Universiti Malaysia Pahang.
Pendaftaran: Bermula seawal Jam 7 Pagi





Aktiviti Program
Lebih daripada 25,000 peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan pelbagai tahap kelulusan akan ditawarkan oleh lebih 100 pertubuhan kerajaan dan swasta pada program selama dua hari ini. 
Bukan sahaja mereka yang baru menceburi alam kerjaya, malah yang sudah berpengalaman juga amat dialu-alukan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan sangat penting untuk mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dan selain daripada SL1M terdapat juga pelbagai lagi peluang-peluang pekerjaan yang boleh anda memohon di Program SL1M Peringkat Zon Pantai Timur 2017 ini.
Selain daripada sesi temuduga, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi motivasi bersama selebriti juga disediakan untuk memeriahkan program ini dan memberi semangat kepada para pemburu kerja.

Para pencari kerja yang ingin menyertai Skim Latihan 1 Malaysia dijemput untuk hadir beramai-ramai bersama rakan anda. 

Ayuh para graduan dan juga bakal bergelar graduan sekalian rebutlah peluang keemasan ini dan tonjolkan potensi anda kepada pihak industri.

Untuk matlumat lanjut, sila hubungi Puan Nadia 09-549 2621 atau emel zaimatul@ump.edu.my atau sharifahili.dcasb@gmail.com

Sumber: Website UMP
Dan Akhbar Utusan Malaysia

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .