Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 Lepasan SPM STPM Matrikulasi

Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017  Lepasan SPM STPM Matrikulasi 



Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM, STPM,  Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. 

Tawaran program pembiayaan pendidikan 2017 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 

Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah.

Peringkat Pengajian : Tajaan Dalam Negara
Dari Pengajian Asas sehingga Ijazah Sarjana Muda di IPTS terpilih sahaja.

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera Warganegara Malaysia  (Lepasan SPM/STPM 2016)
2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
3. Keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM – minima 5A-*
STPM – minima 2A*

Tempoh Program :
4 - 5 tahun*
*berbeza mengikut kursus pengajian

Pembiayaan Merangkumi :
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar

Peringkat Pengajian : Tajaan Luar Negara
Daripada A-level (di dalam negara sahaja) sehingga Ijazah Sarjana Muda (50 universiti terkemuka di dunia sahaja).

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera Warganegara Malaysia  (Lepasan SPM 2016)
2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan  (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
3. Keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM – minima 8A

Tempoh Program :
A-Level – maksimum 2 tahun
Ijazah Sarjana Muda – maksimum 3 - 4 tahun*
*berbeza mengikut kursus pengajian

Pembiayaan Merangkumi :
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
- Elaun-elaun lain yang berkaitan (hanya untuk tajaan luar negara SAHAJA)

Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim dan Senarai Kursus dan Institusi terlebih dahulu.

Tarikh Tutup
Permohonan akan ditutup pada 30 Mac 2017 (Khamis) pada pukul 11:59 malam.

Info lanjut klik disini


http://www.yayasanpeneraju.com.my/download/SENARAI-KURSUS-DAN-UNIVERSITI-TP-6-PDF.pdf?data-yayasan-peneraju=14



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .