Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PEMILIHAM PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT DAN KAGAT


*Pemilihan Perajurit Muda Lelaki, Wanita TD dan Pemilihan Calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera Siri 183/43 Tahun 2017*





*Syarat Am Kelayakan*.

*   *Warganegara Malaysia*. Berumur tidak kurang 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon *KAGAT* berumur  tidak  kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah (25 Mac 17). 

*   *Fizikal Tubuh Badan*. tinggi tubuh badan berukuran tidak kurang dari 162 CM dan Body Mass Index(BMI) tida lebih 26.0.

*    *Taraf Perkahwinan*.  Bujang/Kahwin/Duda bagi Lelaki. Tidak pernah berkahwin bagi wanita.

* *Kes Polis/Mahkamah*. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

* *Taraf Kesihatan*. Calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh  – Forward Employment (FE) semasa pemilihan akhir.

* *Saringan Awal*. Pemeriksaan Dokumentasi yang telah di muat naik dalam laman sesawang atau yang di pos ke cawangan ini. Calon yang lulus Saringan ini akan dipanggil ke tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan untuk hadir ke Pemilihan Akhir.

*Syarat Kelayakan Akademik*

*Lelaki*

* *Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)* dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.

* *Sijil Vokasional Malaysia (SVM)* dan LULUS subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104 dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS.

* *Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)* dan  LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

* *Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)* Tahap 2 ke atas dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

* *Diploma* dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

* *Diploma Pelbagai Bidang* dan LULUS subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

*Wanita*

* *Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)* dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.

* *Sijil Vokasional Malaysia (SVM)* dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, subjek MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.

* *Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)* dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

* *Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)* dengan mendapat PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan  tersebut atau kelulusan  yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).

* *Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)* dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM (KAGAT).

* *Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)* Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

* *Diploma* dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN/ TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM.

*  *Diploma Pelbagai Bidang* dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU peringkat SPM(SKIM KEMASUKAN SPM)

*Dokumen Yang Diperlukan*
* Kad Pengenalan (MY KAD).

* Sijil Kelahiran Pemohon.

* Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).

* Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).

* Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

* Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas. 

* Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia. 

* Dip  Kejururawatan –  Wajib  lulus  peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.

* Sijil Berhenti Sekolah.

* Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik. (Kriteria Tambahan)

* Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.

Baiha Haron:
*   Surat  Nikah/Sijil  Pendaftaran  Perkahwinan   dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.

*   Sekeping gambar terkini berukuran passport.

*Cara-Cara Memohon*

* Pemohonan boleh dilaksanakan melalui laman sesawang 

- *Jom Masuk Tentera* 
http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/

ATAU

* Pemohon boleh menghantar  *borang permohonan dan dokumen yang diperlukan* di atas sebanyak *2 salinan* melalui Pos ke alamat:
*SEL PENGAMBILAN* 
*PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT*
*CAWANGAN SUMBER MANUSIA,* 
*MARKAS TENTERA DARAT  2,*
*WISMA PERTAHANAN,* 
*JALAN PADANG TEMBAK,*
*50634 KUALA LUMPUR*

* Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang 

- *Portal Tentera Darat*
http://army.mod.gov.my/permohonan

* *PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA*

* *TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA  20 JANUARI 2017*

* *SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OLEH PEMOHON BERMULA PADA 25 JANUARI 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:*

- *Jom Masuk Tentera*
http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/

- *Portal Tentera Darat*
https://www.army.mil.my/akhir

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .