Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Misi Menyelamatkan Dokumen dan Barang Banjir di Arau 22/9/2017

Misi Menyelamatkan Dokumen dan Barang Banjir di Arau 22/9/2017





Seminar Antarabangsa Intervensi Pengujian Psikologi Kaunseling dalam Pendidikan dan Organisasi 2017

SETELAH SEKIAN LAMA, DUNIA PSIKOTERAPI KAUNSELING DI MALAYSIA SEPI DARI SEMINAR BERKAITAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN



Kini akan datang buat kita semua

Menampilkan pakar pakar psikometrik dan pengujian dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan rakan ASEAN yang lain,

Membawakan kepada kita semua:

SEMINAR ANTARABANGSA INTERVENSI PENGUJIAN PSIKOLOGI KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN DAN ORGANISASI

Save date 8 - 10 November 2017 di UPSI, PERAK

DAFTAR SEGERA

Klik www.wasap.my/60143382689/seminarpengujian

Expo Kerjaya Zon Utara 2017

EXPO KERJAYA TERBESAR ZON UTARA 2017
LEBIH 5000 JAWATAN KOSONG DITAWARKAN

Tempat : TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar Kedah
Tarikh : 30 September & 1 Oktober 2017
Masa : 11 pagi hingga 6 petang
Pendaftaran : PERCUMA
Daftar di sini https://jobsifu.com/careerfair/

Kelayakan:
1- Terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia
2- Berumur lebih 18 tahun
3- Kelayakan minimum SPM
4- Terbuka lelaki dan wanita

ADAKAH ANDA MASIH MENGANGGUR SETELAH HABIS BELAJAR?
INGIN MENCARI PENGALAMAN BEKERJA DI TEMPAT BARU?
INGIN BEKERJA DI SYARIKAT BESAR DAN LEBIH STABIL?

Hadiri EXPO KERJAYA TERBESAR ZON UTARA 2017 di Alor Setar Kedah

Terdapat lebih dari 80 syarikat yang menawarkan anda peluang kerjaya yang cerah
Jawatan yang ditawarkan adalah sesuai untuk:
- Lepasan SPM
- Diploma
- Degree dan Master

lebih dari 1000 LIVE INTERVIEW. Jadi anda mungkin diterima bekerja terus di hari tersebut

Terdapat pelbagai jenis syarikat. perbankan, automotif, gas dan petroleum, sales, telekomunikasi, pemasaran, profesional dan banyak lagi

Daftar sekarang: PERCUMA

Ikut langkah berikut
1- Klik Link ini https://jobsifu.com/careerfair/
2- Share dan tag rakan anda
3- Bawa bersama RESUME anda di hari expo

Selamat maju jaya!

Jom Masuk Kemahiran Di KKTM JMII IKM

Jom Masuk Kemahiran Di KKTM JMII IKM



Lepasan SPM.  Ayuh. Gapai Impian anda di KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi  MARA),  MJII(Malaysia Japan Industrial Institute) dan IKM.


#mara
#Kktm
#ikm

#jmti

Sembah Takziah, buat keluarga dan rakyat Kedah Darul Aman

KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman,  Mangkat




Dengan penuh kesedihan dan dukacita  bahawa KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman,  telah kembali ke Rahmatullah.

Almarhum mangkat pada petang Isnin semalam di Istana Anak Bukit,  Alor Star.

انا لله وانا اليه راجعون...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

*Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah baginda, rahmatilah baginda, maafkanlah baginda, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kerabatnya, semoga almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...*

Al Fatihah buat Almarhum,  seorang Sultan yang menjiwai rakyat jelata.

Merdeka Rides 2017 di Perlis Sahabat Alam Malaysia

Merdeka Rides 2017 Sahabat Alam Malaysia














Sebahagian gambar program Merdeka  Rides 2017 di SMK Arau  Perlis 

Merafak sembah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.. Raja dan rakyat berpisah tiada. Merdeka Rides 2017.



#MerdekaRides2017
#MerdekaRides
#merdeka
#arau
#Perlis



MERDEKA RIDES 2017 @ SMK Arau..
Lebih 300 buah motosikal berkuasa tinggi singgah di SMK Arau. 
Turut hadir bersama DYTM Raja Muda Perlis dan Menteri Besar Perlis..

#MerdekaRides2017
#SmkArau
#DYTMRajaMudaPerlis
#MenteriBesarPerlis

#SAMperlis

Warna Warni ...
Superbikes Association Malaysia
(S.A.M) Merdeka Rides 2017...
Dari Jeli Kelantan sampai di Sek Men Arau PERLIS...
Lebih 300 buah....
Menjunjung Kasih Tuanku Raja Muda Perlis.
Terimakasih YAB Menteri Besar
Terimakasih Presiden S.A.M Perlis
Terimakasih Setiausaha Agung S.A.M Malaysia...
Terimakasih Pegawai Khas TPM..
Terimakasih PDRM
Terimakasih Pengetua & Guru Guru Serta  Pelajar Pelajar Sek.Men.Keb.Arau
Terimakasih AADK Perlis
Terimakasih Jabatan Pelajaran Perlis
Terimakasih Perlisfm....
Terimakasih Bikers dari seluruh Malaysia
Terimakasih wakil Bikers dari INDONESIA & SINGAPURA....
Anda Semua Owesomes.....
Terimakasih Crew Prima Event....
Dan Terimakasih Pada Yang Terlibat
Secara Langsung & Tidak Langsung Dalam Menjayakan PROGRAM....
Semuga Bikers Semua Selamat Sampai ke PUTRAJAYA pada 10/9/2017..

Video Nikmat Ujian Nazrey Johany

Video  Nikmat Ujian Nazrey Johany


Biasiswa TNB

Biasiswa TNB 


Tawaran Diploma Untuk Atlet ke UiTM

Tawaran Diploma Untuk Atlet ke UiTM




International Psychology Counseling & Social Worker Conference, di Universitas Medan Area, Sumatera Utara

International Psychology Counseling & Social Worker Conference, di Universitas Medan Area, Sumatera Utara

MOU & MOA  antara Universitas Medan Area, Saffone Academy & Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia.



Presiden PEKA, Dr Siti Taniza Toha.
















Alhamdulillah PEKA KPM bersama Saffuan Academy dan Universitas Medan Area telah selamat menganjurkan seminar.

Perjanjian Antara PEKA, Saffone Academy dan Universitas Medan Area telah ditandatangani bersama. Semoga jalinan kerjasama antara pihak yang terlibat ini terus berjalan dengan jayanya.

MOU & MOA  antara Universitas Medan Area, Saffone Academy & Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia.

Allah beri rezeki pelbagai cara, kita perlu sediakan teknik dan cara yang pelbagai juga untuk mendapatkannya

Alhamdulillah saya juga telah selamat membuat pembentangan di International Psychology Counseling & Social Worker Conference ini. Presenter came from different countries and different backgrounds.

 We've discussed each others for our young generation. They're our next generation.

Alhamdulillah pengalaman manis bersama para cendekiawan pelbagai negara. 

Program anjuran PEKA KPM , Saffone Consultant Academy dan Universitas Medan Area. Semoga Allah menganugerahkan kebaikan dan merahmati usaha Murni ini.





SUB Bahagian Psikologi KPM Putrajaya, Puan Mazwin bersama Pegawai-pegawai Kaunseling dari BPSk turut hadir ke program ini.








Puan Mimi Nurbaya salah seorang pembentang
 dalam sidang pararel.






Sambutan Kemerdekaan dan AidilAdha Yang Unik Lambang ukhuwwah warga Malaysia dan Indonesia di Pahang

Sambutan Kemerdekaan dan AidilAdha Yang Unik Lambang ukhuwwah warga Malaysia dan Indonesia di Pahang



 Sambutan AidilAdha pada Jumaat, 1 September 2017 di Felda Jengka, Negeri Pahang Darul Makmur, sangat unik. 

Selepas solat surat hari raya, selain Ibadah Qurban, ia turut diserikan dengan belon ini. 

Belon yang dihias cantik ini adalah hasil kerjasama pemuda penduduk-penduduk FELDA ini bersama pekerja Indonesia yang bekerja di FELDA ini.


 Mereka meraikan Hari Kebesaran Ummat Islam ini secara bersama. Juga Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke 72 tahun. 

Lihatlah Apa yang ditulis di belon ini. 
Terima kasih Encik Ahmad Husairi Bin Misran atas perkongsian ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Salam Aidil Adha

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 dan Salam Aidil Adha



Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 kepada semua saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan alam blog, para kaunselor, para motivator, para guru Dan anak-anak murid saya di blog saya ini.


Mari kita bersama membebaskan roh, jasad dan akal fikiran kita daripada penjajahan bagi membentuk sebuah tamadun yang di pandang mulia.

Salam AidilAdha buat seluruh muslimin muslimat mukminin mukminat Di seluruh dunia.




DOA WAKTU ARAFAH - 31/8/17 (Khamis)

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba....
Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Selamat Beribadat 😊a

Program Jom Masuk UniMAP untuk masyarakat Kedah dan Pulau Pinang 2017


Program Jom Masuk UniMAP untuk masyarakat Kedah dan  Pulau Pinang 2017 



Sila kepilkan permohonan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon.

2. Salinan sijil SPM/Sijil SPM (Julai) (jika ada).

3. Salinan sijil/Transkrip Keputusan STPM/Matrikulasi bagi calon Lepasan STPM/Matrik.

4. Salinan surat tamat pengajian dan transkrip akademik (Semester 1 hingga Semester)
bagi calon Lepasan Diploma.

5. Salinan sijil MUET (syarat sekurang-kurangnya Band 2)

6. Salinan slip gaji/Borang J/ akuan pendapatan yang disahkan oleh majikan/Ketua
Kampung/JKKK (mana yang berkaitan)

7. Surat Akuan Terima BR1M (Jika Berkaitan)

8. Salinan Kad Kebajikan Masyarakat (Jika Berkenaan)
Keterangan lanjut rujuk poster.....

*_LEPASAN DIPLOMA ALIRAN SAINS AMAT DIGALAKKAN_*..

MOHON SHARE AND FORWARD

Doa Guru Buat Murid Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Doa Guru Buat Murid Yang Bakal 
Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017






Masa berlalu sangat pantas. Rupanya pelajar Ting 1 SMKLH yang belajar BM dan Sivik dengan saya pada tahun 2013 kini dah berada di Tingkatan 5. 

Doa saya untuk mereka, doa saya juga bekas pelajar saya di SMK Seri Mahkota, juga doa saya untuk pelajar Ting 5 di tempat Kerja sekarang.

 Peperiksaan Percubaan SPM 2017 akan anak-anak hadapi. 


. *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*


*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak2 Pelajar menduduki peperiksaan Percubaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.




*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.



*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.



*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.
 Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.



*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.



*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. 

Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.



*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.



*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.



*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.



رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Tawaran Ke program Ijazah Sarjana Muda Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Muar, Johor

Tawaran Ke program Ijazah Sarjana Muda Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Muar, Johor






Tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Pagoh bagi sesi kemasukan September 2017 (bagi yang terlepas untuk mengisi UPU online tempoh hari)

Program yang ditawarkan:

1) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
2) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri) dengan Kepujian
3) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian


Syarat kemasukan:

*STPM*
Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya:
- gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik dan Fizik ATAU Matematik dan Kimia/Biologi
- MUET band 2
*Matrikulasi*
- Gred 2.00 dalam Matematik dan Fizik/Pengajian Kej. Mekanikal ATAU Matematik dan Kimia/Biologi
- MUET band 2
*Diploma Kejuruteraan/Teknologi*
- CPA/PNGK 2.5 ATAU Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam Kej. Mekanikal/Teknologi dengan CPA/PNGK 3.00 / Gred B / >80% markah
- MUET band 2

Sekiranya syarat kemasukan dipenuhi, dokumen berikut perlu disediakan:

1) Borang permohonan manual rujuk

2) ) Salinan sijil SPM
3) Salinan keputusan MUET
4) Salinan IC calon
5) Salinan IC ibu dan bapa
6) Salinan sijil kelahiran (surat beranak) calon
7) Sijil kelahiran ibu dan bapa
8) Salinan surat berhenti sekolah
9) Salinan keputusan STPM/Matrikulasi/Diploma lengkap semua semester @ Transkrip peperiksaan

Emailkan scan doc/softcopy (format pdf atau jpeg) ke:

sitihana@uthm.edu.my

*Kesemua program ini mendapat pengiktirafan akreditasi MQA dan ETAC BEM.*

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Dr Azrin: 019-7786049 (Program Tekstil Industri)
En. Md Zin: 019-7424623 (Program Pembungkusan Industri)
Dr Hezri: 012-6986004 (Program Loji)

*Tarikh tutup permohonan: 21 Ogos 2017*

Mutiara Kata di Ramadhan

Mutiara Kata di Ramadhan

Adakala kita bersalah,
Allah datangkan *sahabat* untuk menegur.

Adakala kita betul,
Allah datangkan *sahabat* yang patut ditegur.

Adakala kita diuji,
Allah datangkan *sahabat* untuk bantu kita.

Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia.

Jadi hargailah sahabat.

Mungkin kerana dia, kita ke syurga.

_*Hamka*_
  
_*#sampaikandarikuwalausatuayat*_

Graduan Ijazah Sarjana muda pendidikan (ISMP) Lepasan Universiti Awam


Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Lepasan Universiti Awam


Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) lepasan Universiti Awam yang telah menamatkan pengajian adalah dimohon untuk mengisi dan mengemaskini JobsMalaysia dengan mengisi pengkhususan/opsyen yang tepat dan betul .

[contoh:PENDIDIKAN(MATEMATIK)]. Maklumat lanjut mengenai pengemaskinian JobsMalaysia boleh dilayari di portal.spp.gov.my 

 (http://portal.spp.gov.my/portal/images/panduan/pindaan%20kemaskini%20maklumat%20di%20jobsmalaysia%20-pindaan%202.pdf ) atau di laman sesawang JobsMalaysia. 

Panggilan temu duga adalah berdasarkan kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Hanya graduan yang menepati unjuran kekosongan jawatan mengikut keperluan opsyen dan mengisi JobsMalaysia  dengan pengkhususan/opsyen yang tepat dan betul sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.


http://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3202-graduan-ijazah-sarjana-muda-pendidikan-ismp-lepasan-universiti-awam

Program Latihan Kemahiran Belia dan Pekerjaan Kejuruteraan Telekomunikasi

Program Latihan Kemahiran Belia dan Pekerjaan Kejuruteraan  Telekomunikasi 

*DARI BELIA UNTUK BELIA*

Tawaran kepada golongan *BELIA BUMIPUTERA* untuk mendapatkan *LATIHAN KEMAHIRAN* dan *PEKERJAAN* dalam bidang *Kejuruteraan Telekomunikasi* kini di buka bagi pengambilan JULAI 2017.

*NAMA KURSUS:*
▶Kursus 1: *WIRELESS TECHNOLOGY NETWORK (PERFORMANCE AND QUALITY MANAGEMENT)*

▶Kursus 2: *WIRELESS TECHNOLOGY NETWORK (NETWORK ROLL-OUT)*

✅Yuran Pengajian PERCUMA
✅Yuran Persijilan PERCUMA
✅Perbelanjaan Perubatan PERCUMA
✅Tempat Tinggal DISEDIAKAN PERCUMA
✅Makan & Minum DISEDIAKAN PERCUMA
✅Insurans DISEDIAKAN PERCUMA
✅Elaun Bulanan DISEDIAKAN

*SYARAT KEMASUKAN?*
✅Warganegara Malaysia
✅Bumiputera sahaja
Umur 18-23 tahun
✅Sihat tubuh badan
✅Minat dalam industri kejuruteraan telekomunikasi

*PELUANG KEDUA* diberikan kepada yang gagal dalam PMR/PT3/SPM. Anda juga layak memohon! Jangan lepaskan peluang!

*TEMPAT LATIHAN:* 
Telecommunication Engineering College (TEC), Kuala Lumpur

*CARA MEMOHON:*
Permohonan secara online.
Sila klik pautan/link di sebelah: https://goo.gl/forms/MOwrV9R42ZVMxgyi1

📌Pengambilan adalah *TERHAD*
📌Tutup Permohonan: *12 JUN 2017*

Maklumat Terkini:
▶www.tec.edu.my
▶www.1b1k.net
▶www.fb.com/telecomengineeringcollege
▶www.fb.com/1belia1kemahiran

☎WhatsApp: +6013-7769476​⁠​ / +6013-7733676

Inisiatif: *SEKRETARIAT 1B1K MAJLIS BELIA MALAYSIA*

#unitkaunselingkerjaya
#unitkaunselingsmkserimahkota

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .