Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri 4/2/2016

Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri 

Sumber gambar : Cikgu Zr , Telegram



Sumber Gambar : Cikgu Noorhisyam Mohamad, Telegram.

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di atas khatulistiwa bumi. Diyakini kejadian ini berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria akan berlaku ekuinoks atau solstis.

Pada tarikh inilah, waktu siang dan malam sama panjang atau berjangka masa sama di serata tempat di dunia.
Ketika itu, kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Manipulasi tarikan graviti atau kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan, termasuklah ketika fenomena berdiri.

Saintis juga percaya bahawa pada tanggal tersebut, posisi bulan, matahari dan bumi berada pada sudut paksi sejajar. Sama seperti ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. Dalam kedudukan sedemikian, ada ketikanya tarikan graviti bumi lebih kuat dari biasa.

Keadaan itu dikatakan mempengaruhi kuning-kuning telur, tertarik sedikit lebih rendah berbanding hari-hari biasa. Perubahan tersebut membuatkan titik berat telur lebih ke bawah sehingga membantu telur untuk berdiri pada hujung elipsnya.

Penjelasan saintifik tentang graviti bagaimanapun kurang diterima oleh sebahagian ahli sains. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Jepun, Ukichiro Nakaya.

Pada tahun 1974, beliau pernah menjalankan eksperimen tentang fenomena itu dan mendapati telur sebenarnya boleh diseimbangkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Menurut Ukichiro lagi, asas untuk membolehkan telur berdiri bergantung pada bintik hitam dan lubang-lubang kecil pada permukaan kulit telur.

Idea yang sama turut digunakan oleh ahli astronomi dari Universiti Minnesota, Frank D. Ghigo. Dia pernah mencuba untuk mengimbang satu dozen telur pada permukaan meja setiap hari antara 27 Februari hingga 3 April 1984.

Daripada uji kaji yang dijalankan, Ghigo mendapati hanya sebilangan telur boleh berdiri tegak pada ekuinoks dan begitu juga pada hari-hari biasa. Lalu beliau menyimpulkan bahawa faktor kesabaran memberi impak besar ke atas kadar mengimbang telur!





Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/03/fenomena-ajaib-hari-telur-berdiri.html?m=1#ixzz3zCLkv2TC
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .