Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program Ijazah Kejuruteraan UMP German 2 Dalam 1

     Program Ijazah Kejuruteraan UMP German 2 Dalam 1

 4 penuntut UMP bakal ke Jerman





E. H. Wernwe Vogt (tengah) dan Wan Azhar Wan Yusoff (dua dari kiri) bersama pelajar Universiti Malaysia Pahang menunjukkan surat tawaran untuk menjalani latihan industri di Jerman pada September nanti.



Berita dari Utusan pada 23 Julai 2013, Sebanyak empat daripada 16 penuntut dwi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditawarkan menjalani latihan industri di Jerman selama enam bulan bermula September ini.
Mereka yang merupakan perintis program kejuruteraan Jerman dalam bidang mekatronik berpeluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan di negara tersebut.
Penuntut terbabit yang terpilih ialah Wan Nurul Farah Liyana Razali, 23, dan Chew Yen Ying, 23, yang ditempatkan di syarikat Robert Bosch GMBH, Mohamad Redzuan Samad, 23, di syarikat Watlow GMBH, manakala Fathi Zaidan Jamaludin, 23, pula di Syarikat Infineon di Regensburg Bavaria.
Pengarah Pusat Akademik dan Kerjaya Jerman (GACC)-UMP, Brian Trenaman berkata, universiti tersebut merupakan IPTA pertama negara ini menawarkan program kejuruteraan dwi ijazah peringkat Ijazah Sarjana Muda Automotif dan Mekatronik dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HsKA) dari Jerman.
"Pihak GACC turut berperanan dalam membantu penuntut mendapatkan penempatan menjalani latihan industri sama ada di luar negara atau syarikat Jerman di negara ini.
"Peluang bekerja di Jerman mampu dimanfaatkan penuntut terbabit untuk menimba pengalaman bagi memenuhi keperluan industri selain melengkapkan pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan," katanya di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Prof. Madya Dr. Wan Azhar Wan Yusoff.
Menurutnya, keempat-empat penuntut terbabit menerima surat tawaran untuk menjalani latihan tersebut di Jerman manakala sebahagiannya akan ditempatkan di syarikat Jerman yang beroperasi di negara ini.
Trenaman berkata, pihaknya turut menjemput Presiden Lembaga Penasihat HsKA, Prof. E. H. Wernwe Vogt mengendalikan beberapa program yang diatur sebagai persediaan terutama melibatkan aspek komunikasi serta memahami budaya kerja dengan syarikat di Jerman.
Bagi Wan Nurul, dia berasa bertuah kerana terpilih untuk menjalani latihan industri di Jerman yang merupakan impiannya sejak mula mendaftar di UMP.
Rakannya, Fathi pula berasa teruja selepas turut menerima tawaran daripada tiga syarikat iaitu dua syarikat di Jerman dan sebuah lagi di Malaysia yang menawarkan penempatan menjalani latihan industri.
"Walaupun berat hati berjauhan dengan keluarga, saya cekal memilih syarikat di Jerman untuk menimba pengalaman dalam bidang yang diminati," ujarnya.


Sumber; Utusan Malaysia






0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .