Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan ke UM Sesi 2016 Untuk Lepasan Matrikulasi KPM @ STPM.@ STAM @ Setaraf

Permohonan ke UM Sesi 2016 Untuk Lepasan Matrikulasi KPM @ STPM.@ STAM @ Setaraf








Salam dan Selamat Petang Tuan/ Puan, mohon jasa baik untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar tuan/puan,(LEPASAN MATRIKULASI, STPM,STAM,ASASI DAN SETARAF) permohonan terus kemasukan ke Sarjana Muda Universiti Malaya ambilan September 2016 telah dibuka sehingga 5 April 2016. Sejumlah 97 program ditawarkan untuk Aliran Sains / Teknikal dan Perakaunan.  Portal Permohonan http://myum-id.um.edu.my . Terima kasih



Tarikh-tarikh penting
Kemasukan Semester I, Sesi 2016/2017
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH PERTAMA LEPASAN STPM/SETARAF SECARA AUTONOMI DARI 18-01-2016 12:00 PM HINGGA 05-04-2016 04:00 PM



Panduan Permohonan
MAKLUMAN
  • Hebahan kemasukan bagi Program Pengajian Ijazah Pertama Semester II, Sesi 2015/2016, Universiti Malaya boleh disemak mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengahari. 
  • Setuju terima tawaran boleh dibuat sehingga 31 Januari 2016 jam 23.59 malam.
MAKLUMAN 
  • Permohonan kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama sesi Akademik 2016/2017 akan dibuka pada 18 Januari 2016  mulai jam 12.00 tengahari dan ditutup pada 5 April 2016.
PERINGATAN PENTING!
Permohonan daripada pelajar AKTIF di IPTA tidak akan dipertimbangkan.
Sebelum mengisi permohonan
  • Pastikan anda telah membuat pendaftaran akaun baharu
  • Pastikan anda membaca dengan teliti Manual Pengguna yang disediakan bagi membantu dalam pengisian borang permohonan
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
  • Sila kenalpasti kategori permohonan anda (Contoh : Lepasan STPM, Lepasan Matrikulasi)
  • Sila kenalpasti program pengajian yang ingin dipilih. Anda WAJIB mengisi sekurang-kurangnya dua (2) pilihan program pengajian
Semasa melengkapkan permohonan
  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda telah diterima sistem
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda menyemak dengan teliti butiran dan maklumat pada borang permohonan anda
  • Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan selagi anda tidak menekan butang (Sah & Hantar)
  • Sekiranya semua maklumat telah lengkap dan anda bersedia untuk mengesahkan permohonan. Sila tekan butang (Sah & Hantar)
  • Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda mengesahkan permohonan iaitu selepas menekan butang (Sah & Hantar) 
  • Borang permohonan boleh dicetak sebagai bukti penerimaan permohonan oleh sistem
Selepas mengemukakan permohonan
  • Pastikan anda membuat semakan semula borang permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan permohonan telah diterima
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti penerimaan



PETIKAN BERITA AKHBAR;
Permohonan Kemasukan ke Progam Pengajian Peringkat Ijazah Pertama Universiti Malaya Bagi Sesi Akademik 2015/2016
KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2015 – Calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan kemasukan ke program pengajian peringkat Ijazah Pertama Universiti Malaya bagi Sesi Akademik 2015/2016 bermula pada 19 Januari 2015 – 6 April 2015.

Permohonan boleh dibuat dengan melayari portal permohonan di MyUM-ID.um.edu.my atau laman web UM di pautanhttps://www.um.edu.my/enroll-now

Permohonan ini adalah terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM dan Diploma/setaraf yang memenuhi syarat kelayakan. Tiada caj yang dikenakan bagi tujuan permohonan.

Bagi kemasukan ke program pengajian peringkat Ijazah Pertama di UM, temu duga hanya akan diadakan untuk program-program tertentu sahaja. Calon dikehendaki merujuk syarat khas program di laman web UM seperti tertera di atas.

UM buat julung-julung kalinya melaksanakan sendiri pengurusan kemasukan ke Program Pengajian ijazah Pertama mulai Sesi Akademik 2015/2016 secara berasingan daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Walau bagaimanapun, calon yang memohon ke UM juga dibenarkan mengemukakan permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan UPU. Calon berkemungkinan mendapat tawaran bertindih antara ketiga-tiga pihak, kecuali bagi program pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi. 

Manakala, permohonan kemasukan ke program peringkat Asasi bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah melalui laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://upu.moe.gov.my. Bagi kemasukan ke program peringkat Asasi, tiada syarat temu duga dikenakan. 

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Kemasukan & Rekod, Bahagian Akademik, UM di talian 03-7967 3440 /3441/3502/3448/3279 atau emel ke skr@um.edu.my atau Facebook (FB) - https://www.facebook.com/pages/Seksyen-Kemasukan-Rekod-Universiti-Malaya

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .