SHAH ALAM - Seramai 144 penduduk di Jalan Lautan Samudera, Puncak Alam dekat sini dipindahkan berikutan kediaman mereka dinaiki air setinggi satu meter akibat hujan lebat malam tadi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, setakat 8 pagi ini, semua mangsa yang dipindahkan itu terdiri daripada 30 keluarga dan ditempatkan di Surau At Taufiqiah Puncak Alam.

"Selain bomba, agensi lain yang turut terlibat dalam operasi pemindahan itu ialah polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama