Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Anugerah Kampung Boy Pengiktirafan Untuk Kartunis Malaysia

Anugerah Kampung Boy Pengiktirafan Untuk Kartunis Malaysia







AKMAR Hisham bersama anak Datuk Lat, Junaidah Mohd Noor Khalid 
memegang Anugerah Kampung Boy 2015 pada Prapelancaran, semalam.
 Hadir sama, Ahmad Hilmy (kiri) dan Mohd Desa (kanan).(Sumber Harian Metro)


             Anugerah Kampung Boy 2015 yang julung kali diperkenalkan tahun ini akan 

mengiktiraf kartunis tanah air menerusi 8 anugerah mengikut kategori masing-


masing. Anugerah tersebut ialah  Anugerah Khas Juri, Anugerah Kartunis Lagenda,


 Anugerah Kartunis Malaysiana, Anugerah Kartunis Editorial, Anugerah Kartunis 


Terbaik, Anugerah Watak Kartun Animasi dan Anugerah Kartunis Muda Berbakat.



                 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan anugerah


 itu pada    majlis yang menghargai dan mengiktiraf kartunis tanah air yang menjadi 


medium   perantara kepada masyarakat sebagai penghibur, pencerita, pengkritik 


sosial dan   penyampai maklumat melalui seni lukisan kartun.  Majlis akan diadakan


 di Menara Seri Wilayah, di sini, pada 12 Oktober, Isnin ini. 



Jom kita layari blog Kartunis Amier Hamzah, Seorang kartunis kelahiran FELDA, klik di sini. Dengan tagline blog 

aku, USOP Sontorian, KELUANG Man & Kawan-Kawan.



Anugerah Kampung Boy iktiraf kartunis

PUTRAJAYA - Buat julung kalinya golongan kartunis di negara ini mendapat pengiktirafan menerusi majlis Anugerah Kampung Boy yang diadakan di Menara Sri Wilayah di sini, Isnin depan.
 
   
Presiden Kelab Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar berkata seramai lapan kartunis bakal menerima anugerah berdasarkan kategori masing-masing pada majlis itu atas sumbangan mereka menghiburkan rakyat dengan kartun beridentitikan Malaysia.
    
Kategori itu adalah Anugerah Kartunis Muda Berbakat, Anugerah Watak Kartun  Animasi, Anugerah Kartunis Editorial, Anugerah Kartunis Malaysiana, Anugerah Kartunis Terbaik, Anugerah Kartunis Lagenda dan Anugerah Juri.
    
"Anugerah utama pada majlis itu adalah Anugerah Perdana Kampung Boy 2015,"  katanya dalam sidang media sempena majlis tersebut di sini hari ini.
    
Mohd Desa berkata anugerah utama itu dinamakan Anugerah Kampung Boy sempena karya popular tokoh kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat yang dicetak sebanyak 16 edisi dan diterjemahkan dalam tujuh bahasa.
    
"Kita harap majlis ini menjadi titik tolak merancakkan semula industri yang dilihat agak suram kebelakangan ini," katanya.
    
Sementara itu, penasihat Kelab Kartunis Malaysia Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata anugerah tersebut bertujuan menggalakkan kartunis tanah air untuk lebih berjiwa nasional dalam berkarya dan bukannya menghasilkan karya berasaskan emosi. - Bernama


Selain majlis Anugerah Kampung Boy 2015, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk pameran kartun, bengkel melukis kartun untuk penuntut, komik dan animasi serta Sepetang Bersama Datuk Lat yang akan bermula jam 4.30 petang.









0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .