Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Contoh Kerja Kurus Geografi Soalan Ekonomi : Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2015

Contoh Kerja Kurus Geografi Soalan Ekonomi : Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2015

 

Calon PT3 tahun 2015 dikehendaki melaksanakan jenis tugasan iaitu kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar tempat tinggal atau sekolah calon.

Bagi anak-anak SMK Lepar Hilir, Cikgu Mohd Fairus telah memberi penerangan kerja kursus Geografi ini. Sebagaimana yang kita ketahui, anda tinggal di kawasan FELDA dengan tanaman kelapa sawit. Suatu keistimewaan anda ialah anda tinggal berhampiran dengan pelbagai institusi dan pusat pelancongan. Jaringan komuniti ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan kajian anak-anak. 
 
Antaranya, Felda Lepar Hilir berhampiran dengan Gambang Resort Water Park, Universiti Malaysia Pahang Cawangan Gambang, Kolej Komuniti Paya Besar, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan (International Islamic University Malaysia) dan Kolej Matrikulasi Pahang Gambang.

Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar tempat tinggal / sekolah calon. Semua borang soal selidik geografi PT3 2015 yang telah pun dijawab oleh responden anda antara 10 hingga 20 orang wajib disertakan bersama-sama dengan tugasan Geografi PT3 2015 kali ini.

 Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan tugasan ini antaranya ialah:

  1. Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan namun hasil kerja mestilah dibuat secara individu
  2. Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian
  3. Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mencari dan mengumpul fakta
  4. Menulis sumber rujukan dengan betul

 Berikut  3 contoh Soal Selidik kesemuanya :

 

 

Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 Tugasan 2015 : Soalan Kegiatan Ekonomi

Sila klik satu persatu gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas. Ada beberapa contoh soalan soal selidik Geografi PT3 201.

 Pastikan anda menukar nama kawasan kajian kegiatan ekonomi yang sedang anda jalankan bagi Tugasan Geografi PT3 2015 kali ini. Panduan di bawah hanya sebagai contoh dan rujukan kepada anda sahaja

  CONTOH Borang Soal Selidik Tugasan PT3 2015 Geografi - Kegiatan Ekonomi
SMK (nama sekolah)
PT3 Geografi 2015
Borang Soal Selidik

NAMA                :          ________________________________________
UMUR                :          _______________________________________
NO. KP              :          ________________________________________
ALAMAT             :          _________________________________________

1.          Nyatakan pekerjaan anda.
             ..................................................................................................................

2.          Cadangkan  usaha untuk menambah pendapatan penduduk di kawasan kajian (peluang sedia ada yang boleh diusahakan oleh penduduk)
a)     ........................................................................................................
b)     ........................................................................................................

3.          Nyatakan potensi kegiatan ekonomi yang boleh dimajukan di kawasan kajian  (peluang yang belum wujud lagi, tapi ada potensi menyediakan peluang pekerjaan)
a)     ........................................................................................................
b)     ........................................................................................................
c)     ........................................................................................................

4.            Mengapa anda kata sedemikian? (alasan bagi soalan 4)
a)       ......................................................................................................
b)       ......................................................................................................
c)       ......................................................................................................



CONTOH 2


Borang Kaji Selidik
Tugasan Geografi Tingkatan 3

Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)

ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAAN

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


1. NAMA PENUH   : _______________
2. JANTINA          : [  ] LELAKI  [ ]WANITA
3. UMUR              : _______
4. BANGSA          : [ ] MELAYU
                            [  ] CINA
                            [  ] INDIA
                            [  ] LAIN-LAIN, NYATAKAN: _______
5. PEKERJAAN: ____________

BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?
[  ] Pertanian
[  ] Perlombongan
[  ] Pendidikan
[  ] Pelancongan
[  ] Pembalakan

BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[  ] Peluang kerja
[  ] Peningkatan taraf hidup
[  ] Pendapatan
[  ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat

BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[  ] Pencemaran
[  ] Kepupusan sumber mentah
[  ] Peningkatan populasi mendadak
[  ] Perubahan landskap

BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI

1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?
[  ] Kempen
[  ] Kuat kuasa undang-undang
[  ] kitar semula

Nama responden : ____________        Tandatangan : __________________
Tarikh: ______________

 Borang soal selidik boleh di muat turun di  

Borang Soal Selidik Geografi PT3 2015

 Contoh 3;



Contoh: Carta Pai tentang jenis pekerjaan dalam 

pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian


  • “Latar belakang kegiatan ekonomi” berdasarkan sektor ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian, antaranya seperti sektor
  1. Perindustrian
  2. Perikanan
  3. Perlombongan
  4. Pertanian
  5. Pembalakan
  6. Perkhidmatan
  7. Perniagaan
  8. Penternakan
Contoh: Kegiatan ekonomi yang berpotensi
 dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya




Anak-anak juga boleh klik link di bawah bagi mendapatkan info tambahan:

KAJIAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK
KAJIAN JENIS KEGIATAN EKONOMI

Sumber : 

Kredit Geografi PT3 dan SPM & Rossa Calla

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .