Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Guru IPG 2014 Lepasan SPM

Permohonan Guru IPG 2014 Lepasan SPM


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014










Assalamualaikum Dan selamat sejahtera. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014 akan dibuka permohonannya pada 10 Mac 2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Kerjaya guru merupakan kerjaya mulia. Mendidik merupakan perjuangan yang mempengaruhi hidup manusia tanpa noktah. Permohonan ini adalah bagi bakal calon guru yang benar-benar berminat meyertai bidang keguruan Dan pendidikan. Anda boleh klik kerjaya perguruan atau kerjaya pendidikan di butang search di blog INI.

Permohonan tutup pads 30 Mac 2014.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS PEMOHON PISMP AMBILAN JUN 2014

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
3. Calon mesti sihat tubuh badan
4. Calon mesti aktif kegiatan kokurikulum
5. Calon mendapat gred cemerlang dalam lima matapelajaran di peringkat SPM.
6. Sekurang-kurangnya kepujian bagi BM dan Sejarah.
7. Lulus BI

Kursus:



 

Bimbingan dan Kaunseling
Pendidikan Awal Kanak-Kanak  
Baca di link http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/khusus_bidang.cfm

PERMOHONAN HANYA BOLEH DIBUAT DALAM TALIAN (ONLINE) DENGAN MELAYARI LAMAN SESAWANG KPM MULAI 10 MAC 2014.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 30 MAC 2014 (11.59 MALAM)


Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga 




PEMOHON TIDAK PERLU LAGI MEMBELI NOMBOR PIN DI BSN SEBAGAIMANA TAHUN SEBELUMNYA. HANYA TERUS MELAYARI LAMAN SESAWANG KPM DI

www.moe.gov.my


atau di link http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/iklan_pismp.cfm 

Sila layari website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula  10 Mac 2014 untuk maklumat lanjut.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .