Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2014/2015

PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2014/2015 DIBUKA JULAI HINGGA NOVEMBER




Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Kuantan.
 

 Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka, Pahang.
 

Kolej Matrikulasi Perlis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak Tingkatan 5S dan 5M SMK Lepar Hilir,  saya telah pun mengumumkan Permohonan ke Matrikulasi KPM sejak Mei 2013 lalu.

Pada 29 April lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir telah pun menjemput Puan Noorhisham bagi memberikan taklimat Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk info lanjut berkaitan program berkenaan sila klik di sini.

Permohonan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013.(Permohonan dibuka lagi sehingga 30/11/2013 ini)

Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online ).

Pelayar blog boleh melihat artikel di blog ini sebelum ini:

1)Permohonan ke Matrikulasi KPM 2012/2013 Di sini
2) Program Matrikulasi KPM Dua Tahun, sila klik di sini.
3)  Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi KPM, klik di sini.
4)  Di manakah Program Kolej Matrikulasi Dijalankan? sila klik di sini

COMET ISON berhampiran matahari, menunjukkan tanda-tanda kehidupan

COMET ISON berhampiran matahari, menunjukkan tanda-tanda kehidupan

Comet ISON is on a “sungrazing” course for Earth’s nearest star. If it survives, it could become one of the most brilliant visible comets in modern history.

 

 Gambar kredit Damian Peach FB Astronomi Falak Online

Aishah Warga Malaysia Bertemu Kakak Kandungnya

Aishah Warga Malaysia Bertemu Kakak Kandungnya

 Cikgu Kamar Mahtum menunjukkan gambar Siti Aishah yang hilang,
 dipercayai dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri selama 30 tahun di Britain. -
Sumber gambar: AGENSI

Sumber; Astro Awani.

Kamarmahtum akhirnya bertemu Siti Aishah


LONDON: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti Aishah di suatu lokasi rahsia.
Perjumpaan selama setengah jam itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara kedua-duanya.

Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.


Dalam pada itu, Zakaria turut memberi jaminan kepada Siti Aishah bahawa pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada wanita terbabit yang menjadi hamba di London selama 30 tahun.
Zakaria turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain kerana telah memberi kerjasama dan bantuan dalam mengaturkan pertemuan kedua-dua saudara yang terpisah selama 30 tahun itu.


Sumber: Astro Awani

Media Britain, The Independent semalam melaporkan bahawa pemimpin kumpulan Maoist, Aravindan Balakrishnan atau lebih dikenali sebagai ‘Komrad Bala’ yang didakwa telah menjadikan ketiga-tiga wanita sebagai hamba selama 30 tahun telah dikatakan mengaku dirinya sebagai ‘Nabi Isa’.
Sementara itu, akhbar Britain, The Telegraph dan Daily Mail melaporkan salah seorang dari wanita yang dijadikan mangsa perhambaan itu, Josephine Herivel, 57, dari Ireland merupakan anak kepada seorang pakar Matematik negara tersebut, John Herivel yang turut bertanggungjawab menjadi instrumen kepada Tentera Berikat dalam memecahkan beberapa kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.

Sebagai ‘Nabi Isa’, beliau telah menggesa pengikutnya dalam kumpulan itu supaya menyerahkan segala ribuan wang Pound Sterling dengan alasan untuk digunakan sebagai tujuan ‘perjuangan’ kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, harapan Kamarmahtum Abdul Wahab, untuk bertemu dengan adiknya, Siti Aishah yang menjadi mangsa kepada aktiviti perhambaan selama 30 tahun di London akhirnya tercapai.

Ini apabila beliau dibawa ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan oleh pihak polis Britain, Scotland Yard dan untuk kali pertamanya dalam beberapa dekad, mereka berjaya ditemukan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong kepada kepada Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee Zainal Abidin yang turut sama dalam misi menjejak Siti Aishah Abdul Wahab di kota London.

Zan Azlee juga merupakan anak saudara kepada Siti Aishah Abdul Wahab.

Dalam catatan terkini blog, ‘tukartiub.blogspot.com' milik aktivis politik, Hishamuddin Rais yang turut mengikuti perjalanan menjejak Siti Aishah pula memberitahu bahawa “Pegawai polis, Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya, Siti Aishah”.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun. 


Sumber; Astro Awani, klik di sini

Strok punca Siti Aishah dapat diselamatkan

KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini lapor Astroawani.

Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.


Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata, kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu, mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini tersebar di media.



Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam menanggani kes ini.


AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan. Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’ diri dan memohon bantuan. 


Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah diindoktrinasi atau ‘brainwash’ dan kemungkinan didera secara fizikal namun bukan secara seksual. Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah. 


Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut. 


Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London


Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London  
KETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. - Foto AP
 
LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan.


Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.


“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya. 

Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama.

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain
. - AP. Sumber; Berita Harian, 2013/11/22 - 09:28:43 AM

Wanita Malaysia dakwa mangsa hamba domestik di Britain adalah adiknya

LONDON 26 Nov. - Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.


Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.


Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara tersebut bersama keluarga.


Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan ekstremis Maoist yang beroperasi di London.


"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang diketuai Balakrishnan.


"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap fahaman komunis itu," katanya.



Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.


Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.


Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.


Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak berpindah ke Britain.


Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.


Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.


"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih tersimpan," katanya.


Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.


''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi London.


''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk mencarinya," ujar beliau.


Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan pertunangannya putus.


Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.

 












Permohonan Ke NATC ATPIS Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan Januari 2014

Permohonan Ke NATC ATPIS Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan Januari 2014




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para lepasan SPM 2012, lepasan PMR, Calon SPM 2013 yang ada kelulusan PMR Dan lepasan SKM yang hendak naik tahap, Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Januari 2014 Secara Online sedang dibuka sekarang.

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan, (sila klik di sini) bagi Sesi Januari 2014.

Tahniah Pemenang Educational Blogging 2013

Tahniah Pemenang Educational Blogging 2013


Senarai Pemenang Educational Blogging 2013

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:

                      Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Kategori Sekolah



Johan; Klik untuk disini untuk lihat blog 
Naib Johan: Klik untuk disini untuk lihat blog 
Ketiga: Klik untuk disini untuk lihat blog 


 Kategori Sekolah Rendah

 

 Johan sila klik untuk disini untuk lihat blog 
 Naib Johan sila klik untuk disini untuk lihat blog 
Ketiga klik untuk disini untuk lihat blog


 Kategori Sekolah Menengah

 

 Johan sila klik di sini untuk lihat blog  
Naib Johan, Klik di sini untuk lihat blog 
 Ketiga sila klik d isini untuk lihat blog -

 Kategori IPTA/IPTS

 

Klik untuk disini untuk lihat blog 
 Klik untuk disini untuk lihat blog 
Klik untuk disini untuk lihat blog

KATEGORI TERBUKA

 

Klik untuk disini untuk lihat blog Dr Nor Liyana
 Klik untuk disini untuk lihat blog Mr Chang Hon Woon -
 Klik untuk disini untuk lihat blog Encik Kerul 

Terima kasih kepada penganjur iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kementerian Pendidikan Malaysia, barisan jamaah hakim, para penaja dan kakitangan Unit ICT UPSI yang sangat prihatin membantu saya yang baru boleh berjalan ini. 

Alhamdulilllah ya Allah....Semuanya daripada Allah jua.

Educational Blogging 2013

Pusat ICT telah berjaya menganjurkan beberapa siri Program Hari ICT  yang merupakan program tahunan di UPSI. Pada tahun 2006, Perpustakaan dan Pusat ICT telah mengadakan buat kali pertamanya sambutan Bulan Membaca dan Hari ICT secara bersama. 


Melalui program ini, warga UPSI dan masyarakat sekitar Tanjong Malim telah mendapat  pendedahan kepada kepentingan pengetahuan dan ilmu, serta mengikuti perkembangan teknologi semasa dan peranan ICT untuk  kehidupan masa kini. Bermula hari ICT 2008, pertandingan educational blogging akan dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia. 


Sejak itu, pertandingan 'Educational Blogging' telah sinonim dengan Hari ICT, Pusat ICT, UPSI yang menawarkan hadiah lumayan kepada semua pemenangnya.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:

                      Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Untuk makluman tuan/puan, pihak UPSI Tidak menyediakan sebarang penginapan dan kenderaan untuk pemenang hadir ke majlis ini.
Jamuan disediakan kepada pemenang sahaja.


Syarat-syarat penyertaan PDF Print E-mail
Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.

Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia
bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.

Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi
kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.

Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.

Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.

Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan

Penilaian Blog Terbaik
Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan.

 

Ngeri Tandas Ekstrem di tebing 2 600m aras laut

Ngeri Tandas Ekstrem di tebing 2 600m aras laut

  Terletak di Siberia, Rusia, di tebing  8,500 kaki (2,600 meter) di atas paras laut.

 Semasa musim sejuk pengguna tandas buat air sembahyang mereka di atas awan
  di pinggir gunung salji dihadkan.



 

Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia. Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.


Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.
- Agensi

Subhanallah Jejak Kasih OKU Kudung Bersama Ibu Kandung

Subhanallah Jejak Kasih OKU Kudung Bersama Ibu Kandung


                                              AC menggunakan kakinya untuk makan.
  
AC Kudung ada maruah

“Biarpun cacat, anak terbuang dan yatim piatu tapi saya ada maruah. Saya lebih rela merempat daripada diperalatkan sebagai pengemis,” kata Mohd Nor Abdullah.





Lelaki berusia 21 tahun yang kudung kedua-dua tangan itu mendakwa dia hidup merempat sejak lebih sebulan lalu selepas melarikan diri daripada keluarga angkat kerana dipaksa mengemis.

Mohd Nor yang lebih selesa dipanggil AC berkata, dia dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) dan tidak pernah mengenali ibu bapa kandung sepanjang hidupnya.

“Saya diberitahu sejak umur saya empat bulan saya dibesarkan keluarga angkat. Sejak kecil hingga sekarang, saya rasa lebih 20 keluarga angkat menjaga saya.


“Ada keluarga angkat membela saya selama setahun...dua tahun...ataupun kurang. Semua mengikut kemampuan mereka. Apabila keluarga angkat terbeban atau tidak mampu untuk menyara saya, mereka akan menyerahkan kepada kenalan yang mahu membesarkan saya.


LAPORAN HARIAN METRO HARI INI:

Kuala Lumpur: “Kenapa emak buang Mat Nor? Emak tak ada niat macam tu nak... emak mintak maaf. Macam-macam orang buat pada Mat Nor. Sabarlah nak, nanti Tuhan balas.”

Itu antara dialog awal diungkapkan dengan diiringi esak tangis dan juraian air mata oleh pemuda cacat yang dipaksa mengemis, Mohd Nor Abdullah dan ibu kandungnya, Mek Yah Yusuf, ketika dipertemukan semalam, selepas terpisah sejak 17 tahun lalu. 

Pertemuan menyentuh perasaan itu yang diaturkan Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) berlangsung di pejabat jabatan itu di Jalan Pahang, di sini, jam 2.30 petang semalam.
Kisah Mohd Nor, 21, yang dijaga lebih 20 keluarga angkat sejak berusia empat tahun dan dipaksa mengemis oleh keluarga angkatnya yang terakhir pada Oktober lalu, disiarkan Harian Metro, Selasa lalu dan kelmarin. 


Sejak melarikan diri daripada keluarga angkat terakhirnya, dia yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan hidup menumpang di rumah rakan dan pihak yang bersimpati kepadanya di Taman Wahyu, di sini, buat sementara waktu. 

SUMBER; HARIAN METRO, KLIK DI SINI.



SUBHANALLAH GADIS OKU CALON SPM GIGIH DAN CEKAL

SUBHANALLAH GADIS OKU CALON SPM GIGIH DAN CEKAL

NOR Ismawati Abdul Aziz menggunakan kaki untuk menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu -
 Sumber Gambar BERNAMA

KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Kedua-dua tangannya tidak dapat berfungsi namun keadaan itu tidak menghalang calon orang kurang upaya (OKU) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Ismawati Abdul Aziz, 17, untuk menduduki peperiksaan itu hari ini.

Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital

Alhamdulillah Dapat 5A UPSR Walaupun ulang alik 500km ke hospital

AINEEN Sofea Azhari menunjukkan sijil penghargaan yang diterimanya selepas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Shah Alam, Selangor

Sesungguhnya kehidupan sebagai manusia tidak lari dari pelbagai ujian. Samada ujian berbentuk kesenangan mahupun kesusahan dan kesedihan. Allah tidak menguji kita di luar kemampuan kita. Bagi individu/ anak-anak/ murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bahkan yang baru tamat peperiksaan SPM, contohilah kejayaan Adik Aineen Sofea Azhari sebagai IKON anda.
 
Teruskanlah perjuangan untuk maju dalam kehidupan meskipun kesakitan adalah peneman yang setia. di sebalik kesakitan yang dideritai itu percayalah Allah nak anugerahkan rahmat buat kita cuma sebagai hambaNya perlulah bersabar selalu......
 
1) Bina Bahagia, Ujian tidak datang di luar kemampuan kita ,klik di sini. 
2) Link Orang Kurang Upaya, klik di sini
 

Temuduga Ke ASBF Asrama Semai Bakti FELDA Sesi 2014

Temuduga Ke ASBF Asrama Semai Bakti FELDA Sesi 2014

Temuduga Kemasukan Ke ASBF Sesi 2014 adalah pada 2 Disember 2013 (Isnin)

 Di lampiran adalah adab berpakaian ketika menghadiri temuduga dan senarai semak dokumen calon temuduga

Sila muat turun:

Download this file (Adab Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga.doc)Adab Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga.doc49 Kb
Download this file (Check list (temuduga).doc)Check list (temuduga).doc43 Kb




Kemasukan Ke Asrama Semai Bakti FELDA Boleh mula disemak bermula 27 November 2013 di http : // asbfonline.felda.net.my . Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Menengah & Rendah FELDA : 03 - 21912054

Tahniah SK Kandis Harumkan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

Tahniah SK Kandis Harumkan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa dapat tempat kelima pertandingan robotik dunia

MOHD. Safuan Abdul Rahim (dari kiri), Mohd. Haziq Nordin dan Mohd. Muaz Mat Lazim 
anak petani Kampung Kandis, Bachok yang mewakili negara dalam 
 Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 di Jakarta, baru-baru ini. 
Sumber gambar; Utusan Malaysia

Mohd. Safuan Abdul Rahim, 12; Mohd. Muaz Mat Lazim, 12, dan Mohd. Haziq Nordin, 11 adalah 3 orang anak petani yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kandis.
Mereka telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila merangkul tempat kelima dalam Pertandingan Inovasi Robotik Dunia 2013 di Jakarta, Indonesia pada 14 hingga 17 November lalu.
Mereka telah menunjukkan keupayaan dan ketangkasan membina robot untuk bersaing dengan peserta dari 26 buah negara di seluruh dunia.
Guru pengiring, Khairul Azman Awang Hamat berkata, tiga anak petani itu adalah murid pintar sekolah luar bandar yang menjuarai pertandingan robotik peringkat sekolah rendah negeri Kelantan.
Adik ini ada yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 
Subhanallah. Anak kampung yang cekal + gigih. Teringat lagu Aku Anak Kampung....
Tahniah kepada ibu bapa dan guru kepada 3 orang murid SK Kandis, Bachok, Kelantan di atas kejayaan mereka.
Marilah kita contohi kegigihan anak-anak muda ini.

Tahniah SK Kandis Ke Peringkat Antarabangsa, SK Kandis tempat kelima pertandingan robotik dunia

 

Tahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli Baru

Tahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli Baru

Dr. Halil dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengumumkan pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

MyKad Hilang Denda Akan Dinaikkan

MyKad Hilang Denda Akan Dinaikkan

KDN naikkan kadar denda hilang MyKad

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan terhadap kehilangan MyKad.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata arahan itu dikeluarkan berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini yang disifatkan sebagai serius dan tiada kompromi. 



Apa Itu Cloud Computing

Apa Itu Cloud Computing


Sumber gambar klik di sini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkembangan cloud di Malaysia...Saya tercari-cari di internet artikel berkaitan Cloud dalam Bahasa Melayu.

 Apa itu Cloud Computing

Apa itu Cloud Computing? Ia digambarkan seperti sebuah awan yang didalamnya diletakkan pelbagai infrastruktur IT, hardware dan software. Pengguna individu atau organisasi boleh menyambung kepada awan ini dengan menggunakan peranti yang disambung dengan internet, bagi menjalankan aktiviti harian, kerja pejabat, berhubung dengan emel, membangunkan laman web serta aktiviti lain.

Permohonan Ke UPSI Lepasan STPM/Setaraf Ambilan Februari 2014

Permohonan Ke UPSI  Lepasan STPM/Setaraf Ambilan Februari 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya pendidikan semakin menjadi pilihan generasi muda hari ini. Jika zaman saya dahulu tidak ramai yang meminati bidang ini. UPSI sebagai institusi yang telah dibina sejak tahun 1922 sangat sarat dengan sejarah. Bangunan yang menyimpan momen-momen sejarah negara masih terpulihara hingga kini. Semangat anak-anak Ibu Kandung Suluh Budiman merentasi zaman. 

Pengunjung boleh baca sejarah SITC , klik di sini.
 Tip temuduga MEDSI di sini.

 Permohonan Kemasukan Ke UPSI bagi Lepasan STPM/Setaraf Ambilan Februari 2014



 Adalah dimaklumkan permohonan kemasukan ke UPSI bagi calon-calon lepasan STPM/Setaraf untuk program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2014 kini telah dibuka. Maklumat permohonan adalah seperti butiran berikut :-
Semua calon adalah dinasihatkan untuk membaca dengan teliti semua maklumat yang terdapat pada iklan kemasukan. Sila rujuk syarat kemasukan pada laman sesawang UPSI dan buat pilihan yang tepat mengikut keputusan STPM/Serataf dengan anda.

 Harap maklum dan semoga berjaya!

Rayuan Ke IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu

Rayuan Ke IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu Sesi Januari 2014


Permohonan Rayuan IKBN Peretak bagi sesi 1/2014 sedang dibuka bagi Kemasukan Januari 2014. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Rayuan Kemasukan IKBN Peretak


Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas

Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas
Pemuda 'terlalu gemuk untuk terbang' dihalang naik keretapi pula

Sumber gambar : BBC News

LONDON: Seorang lelaki Perancis yang terkandas di Amerika Syarikat kerana dikatakan terlalu gemuk untuk menaiki kapal terbang akhirnya menaiki pesawat untuk ke Britain tetapi dihalang pula untuk menaiki keretapi balik ke negaranya.


Kevin Chenais, 22, yang beratnya 230 kilogram tiba di lapangan terbang di Heathrow bersama ibu bapanya pada Selasa selepas syarikat penerbangan Virgin Atlantic setuju menerbangkan mereka dari New York.



Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .