Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Jawatan Arkitek, Jurutera Awam, Penolong Pegawai Senibina, Penolong Jurutera Awam KPM Secara Kontrak

Permohonan Jawatan Arkitek, Jurutera Awam, Penolong Pegawai Senibina, Penolong Jurutera Awam KPM Secara Kontrak

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar yang masih belajar di sekolah, samada di Tingkatan1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 apatah lagi di Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2013 ini, entry ini anda boleh jadikan sebagai garis panduan apakah syarat dan lriteria yang diperlukan untuk menceburi kerjaya arkitek, Jurutera Awam, Penolong Pegawai Senibina, Penolong Jurutera Awam. Kepada pelayar internet yang melayari blog ini, semoga entry ini membantu anda. Sekian terima kasih.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN

DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

 

 
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-


1.            a)  Jawatan:                i)           Arkitek Gred J41 (Kontrak Bahagian)
                                                ii)          Jurutera Awam J41 (Kontrak Bahagian)
                                               iii)          Penolong Pegawai Senibina J29 (Kontrak Bahagian)
                                               iv)          Penolong Jurutera Awam J29 (Kontrak Bahagian)
                b)  Jabatan:         Bahagian Pembangunan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia
2.            Syarat lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;  dan
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan bagi jawatan Arkitek Gred J41; atau
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan bagi jawatan Jurutera Awam Gred J41; atau
  6. Memiliki Diploma Seni Bina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred J29; atau
  7. Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi jawatan Penolong Jurutera Awam Gred J29.
3.            Cara memohon: Permohonan hendaklah mengemukakan resume dan dokumen seperti di bawah kepada  Seksyen Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Pelajaran, KPM sebelum atau pada 3 Oktober 2013 (Khamis).

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan sijil-sijil;
  3. Salinan Diploma atau Ijazah;
  4. Lain-lain dokumen; dan
  5. Sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan).
4.            Permohonan yang dipertimbangkan:
                                i) Hanya calon-calon yang mematuhi syarat akan dipertimbangkan;
                                ii) Hanya Calon yang memenuhi syarat asas tapisan akan dipanggil temuduga.

 

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .