Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Biasiswa Lepasan UPSR Peneraju Tunas Geliga

Permohonan Biasiswa Lepasan UPSR Peneraju Tunas Geliga Mohon Sekarang








Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 mensasarkan pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar.


Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di suasana yang lebih kondusif untuk pembelajaran serta pembangunan jati diri mereka. 


Di samping program-program akademik, para pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berkomunikasi, kemahiran Bahasa Inggeris, pemupukan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.

Peringkat Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah – pelajar berprestasi sederhana berpotensi dari latarbelakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana akan disalurkan ke sekolah yang berkualiti tinggi.


Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera & warganegara Malaysia;
  2. Keputusan Percubaan UPSR dan UPSR 2013 samada 5A, 4A 1B atau 3A 2B*;
  3. Pendapatan isirumah RM3,000 ke bawah; dan
  4. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersendiri.
* Pemohon yang melepasi pencapaian minima bagi Percubaan UPSR kini boleh mula mendaftar. Pemohon perlu mengemaskini maklumat berkenaan keputusan UPSR di dalam Sistem Permohonan Online Program Peneraju Tunas Geliga 2013, selepas keputusan UPSR diumumkan.


Permohonan Dalam Talian (Online Application) dibuka dari 15 September 2013 sehingga 30 September 2013. 



Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai program biasiswa Peneraju Tunas Geliga.


Pendaftaran dibuka mulai 15 September 2013 sehingga 30 September 2013.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 ataupun Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu), sila ikuti laman Facebook rasmi PenerajuEdu di www.facebook.com/PenerajuEdu; atau anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di info@penerajuedu.com dan di talian 03-2727 9000.

http://www.penerajuedu.com/

Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum tidak akan diproses.



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .