Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerjaya Penyelia Asrama Selepas SPM Cara Memohon


Kerjaya Penyelia Asrama Selepas SPM Cara Memohon




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon SPM 2013 yang berminat menceburi kerjaya sebagai Penyelia Asrama, bidang kerjaya ini menarik untuk anda pohon, samada di Kementerian Pendidikan Malaysia atau terus ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Tips menghadiri temuduga 

 
-Faham apa bidang tugas jawatan yang anda pohon.
-Isu-isu semasa yang anda rasa hangat diperkatakan masa kini.
-lontarkan idea dan pandangan dengan cara kreatif.
-Jangan terikut-ikut dengan jawapan calon lain. Jawapan anda mungkin lagi baik.
-Jika tidak tahu jawapan, jujur bagi tahu bahawa anda tidak tahu.
-Jangan bercakap terlalu laju kerna ini akan menyebabkan anda lupa idea-idea penting yang hendak disampaikan.
-Berdoa Selalu. sebagai hamba di muka bumi, jangan lupa kepada Sang Pencipta. segala apa yang kita dapat di dunia ini, semuanya atas izinNya.



Untuk info lanjut pengalaman sebenar ditemuduga untuk jawatan ini sila ke blog



  http://mynadine85.blogspot.com/2013/01/temuduga-jawatan-penyelia-asrama-n17.html

 Di bawah ini ialah skop Kerjaya Penyelia Asrama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:

Jawatan-jawatan bukan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Jawatan : Penyelia Asrama
Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Jadual Gaji
Peringkat Gaji Minimum
(RM Sebulan)
Gaji Maksimum
(RM Sebulan)
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan (RM)
P1 928.74 2,527.73 95.00
P2 986.85 2,664.63
P3 1,046.67 2,806.39
Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [ Gaji Permulaan P1 : RM927.03 ] ; dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Taraf Jawatan  : Tetap
Penaklukan Di Bawah
Syarat-syarat Perkhidmatan
 : Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Penyelia Asrama Gred N17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 Fungsi Bidang Tugas  : Fungsi bidang tugas bagi Penyelia Asrama Gred N17 adalah seperti berikut:
  1. Bertanggungjawab memastikan asrama pelajar dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk para pelajar.
  2. Bertanggungjawab ke atas Pentadbiran, Inventori dan Kemudahan.
  3. Memastikan penghuni asrama mematuhi semua peraturan asrama.
  4. Skop bidang tugas meliputi:
    1. Pentadbiran;
    2. Perkhidmatan;
    3. Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset;
    4. Keselamatan dan kebajikan; dan
    5. Kawalan Kualiti.
  5. Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.
 PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPANJANG MASA
MAKLUMAT TAMBAHAN
Bagi lantikan yang mensyaratkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon yang menduduki SPM melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat- syarat seperti berikut :
  1. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.





SENARAI TUGAS PENYELIA ASRAMA


1.                  Memastikan makanan yang disediakan mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti.
2.                  Memantau penyediaan makanan dan memeriksa bekalan mentah bagi tujuan penyediaan makanan di dapur.
3.                  Bertanggungjawab tentang kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama.
4.                  Menyelia kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama.
5.                  Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat.
6.                  Menyediakan rekod penghuni sakit dan menghantar penghuni asrama yang sakit ke klinik dan hospital.
7.                  Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja asrama.
8.                  Mengurus tentang buku stok keperluan asrama seperti perabut, peralatan dan lain-lain.
9.                  Mengurus semua urusan kewangan asrama seperti buku tunai , kutipan yuran asrama, resit penerimaan asrama, dokumen pembayaran dan lain-lain.
10.              Menyediakan tuntutan wang lebihan makanan asrama.
11.              Menyediakan Laporan bulanan asrama, prestasi pembekal makanan ( 2 kali setahun) dan retan asrama.
12.              Mengurus kemasukan dan pendaftaran penghuni asrama.
13.              Memastikan makan malam dan supper disediakan oleh pembekal makanan.
14.              Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM.





CARA MEMOHON:
Klik di sini



 



















0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .