Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

HALATUJU SELEPAS SPM KERJAYA AKAUNTAN

HALATUJU SELEPAS SPM KERJAYA AKAUNTAN
 
Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera anak-anak.

Ramai anak-anak yang datang membuat sesi kaunseling dengan saya bertanyakan kan tentang halatuju kerjaya Akauntan. Saya yakin pasti ramai di luar sana  yang ingin mengetahui serba sedikit tentang kerjaya sebagai akauntan. 
 
Pada kali ini kita akan mengupas apakah peranan sebagai akauntan, gaji, dan kelayakkan untuk memohon. Salah satu laluan selepas SPM ialah dengan melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM.
 
Oh ya kepada anak-anak 5S dan 5M hopefully sangat u alls mengisi borang permohonan ke Matrikulasi KPM  as soon as possible even sekarang ni SPM Trial sedang berjalan. OK. Selamat Membaca.

Skop Kerjaya Akauntan 
  • Akauntan merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu. Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang ditetapkan.

Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 2500- 3500
  • Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 4,300

Tahap Pendidikan


  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Contoh Institusi


Senarai Tugas
  • Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;
  • Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;
  • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;
  • Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;
  • Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.
  • Memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;
  • Menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

















0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .