Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)

Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) 

Mengenai Projek 1MTC

Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) .

 Projek 1MTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.


 

 Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, 1MTC kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.




Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan One Malaysia For Youth (IM4U). 


Pelaksanaan Projek 1MTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan. Majlis soft launch fasa pertama Projek 1MTC telah diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 17 Disember 2012.


Projek ini diketuai oleh MAMPU dan Unit Perancang Ekonomi bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 


Sebanyak lima ILA akan terlibat dalam Fasa 1 iaitu CIAST, ILIM, ILKAP, INSPEN dan INTAN Bukit Kiara. Bilangan ILA seterusnya akan ditambah dalam Fasa kedua secara berperingkat.
Projek 1MTC adalah inisiatif bitara daripada Kerajaan untuk rakyat dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan.


Portal 1MTC

Portal 1MTC adalah merupakan gerbang (gateway) elektronik yang memberi maklumat kursus dan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut-institut Latihan Awam. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam. Portal ini juga menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian.

 Untuk keterangan lanjut: http://1mtc.gov.my/1mtc/


Hubungi

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8001
E-mel: 1mtcsupport.MAMPU@1govuc.gov.my








0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .