Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA




LATAR BELAKANG

 
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang kelapan belas.  Penubuhan universiti ini adalah mengikut konsep universiti yang mempunyai kolej-kolej bersekutu di bawahnya. 

 Sebagai permulaan UniSZA akan mempunyai 3 kampus yang mempunyai niche yang tersendiri :


i)    Kampus Gong Badak akan memfokuskan kepada usaha pengajaran dan  penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu profesional.







ii)    Kampus Besut akan dibangunkan dengan niche dalam bidang pertanian dan industri asas tani seperti agro bioteknologi.


iii)   Kampus Kota (Kuala Terengganu) akan dijadikan Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.



UniSZA akan memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran sebagai permulaan dan pada masa yang sama menggerakkan aktiviti penyelidikan bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membanyakkan lagi pusat kecemerlangan penyelidikan. 

 Usaha pengantarabangsaan UniSZA akan bermula seawal mungkin dengan menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar serantau dan menggalakkan kehadiran penyelidik dan pengajar asing.



PENGENDALIAN KURSUS


Kursus yang dijalankan di UniSZA adalah secara aplikasi dan amalan di mana lebih kurang 70% dari masa pertemuan pelajar akan melibatkan diri dalam menjalani ujikaji makmal, pembelajaran berbantukan komputer, melaksanakan tugasan, kerja bengkel, latihan industri dan membuat satu projek tahun akhir yang berlandaskan penyelesaian masalah industri. 



VISI


UniSZA berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi berwajah antarabangsa yang melahirkan dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.



 MISI

UniSZA akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketelusan dan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai pelbagaikan untuk manfaat manusia.



FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 9 buah fakulti yang terletak di Kampus Gong Badak, dan Kampus  Kota di Kuala Terengganu, Terengganu.

Fakulti tersebut ialah :

  1. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
  2. Fakulti Pengajian Pengurusan Perniagaan & Perakaunan
  3. Fakulti Pertanian dan Bioteknologi
  4. Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi
  5. Fakulti Informatik
  6. Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
  7. Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa
  8. Fakulti Bahasa dan Komunikasi
  9. Fakulti Teknologi Makanan

SISTEM PENGAJIAN


UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester.  Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II.  Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.



KEMASUKAN PELAJAR


Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf.
 

Kemasukan bagi program Diploma adalah terbuka kepada lulusan SPM/SPVM aliran sains/sastera dan Sijil Politeknik atau setaraf.  Pengambilan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun iaitu pada Sesi September setiap tahun.




PROGRAM YANG DITAWARKAN

BIL
KOD
 PROGRAM
TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)
1. 
DI01
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian
7 semester
2.
DI02
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian
7 semester
3.
DI07
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian
7 semester
4.
DC10
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian
7 semester
5.
DA14
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian
8 semester
6.
DS55
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian
8 semester
7.
DL00
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
8 semester
8.
DE23
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
6 semester
9.
DE02
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
8 semester
10.
DY01
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian
8 semester
11.
DI13
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Kaunseling dengan Kepujian
7 semester
12. 
DB00
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Kepujian
8 semester
13. 
DP36
Ijazah Sarjana Muda  Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan Kepujian
8 semester
14. DH12 Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian dengan Kepujian 7 semester
15. DG47 Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan dengan Kepujian 8 semester
16. DM00 Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan 10 semester
17. DM05 Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian 8 semester



PROGRAM DIPLOMA


Bil
Kod
Nama Program
1
D2031
DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN
2
D2150
DIPLOMA TESL
3
D2210
DIPLOMA PERAKAUNAN
4
D2221
DIPLOMA PENGAJIAN BANK
5
D2222
DIPLOMA PENGAJIAN INSURANS
6
D2223
DIPLOMA KEWANGAN
7
D2224
DIPLOMA PEMASARAN
8
D2225
DIPLOMA PERDAGANGAN ANTARABANGSA
9
D2231
DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
10
D2405
DIPLOMA REKABENTUK PERINDUSTRIAN
11
D2600
DIPLOMA UNDANG-UNDANG
12
D2701
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH)
13
D2702
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN)
14
D2703
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (BAHASA & KESUSASTERAAN ARAB)
15
D2704
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (DAKWAH)
16
D2705
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (AL QURAN & AL SUNNAH)
17
D2706
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (PENTADBIRAN ISLAM)
18
D2707
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SEJARAH & TAMADUN ISLAM)
19
D2708
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
20
D2801
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
21
D2802
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA )

Kod Program Pengajian UNISZA telah dikemaskini sehingga 01 Disember 2012 : 05:59:13 PM





KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN


Seperti mana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UniSZA juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer selaras dengan imej sebuah IPTA yang berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, penginapan asrama dan kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafetaria dan lain-lain. Kemudahan pelajar seperti mesin ATM dalam kampus.

KETERANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN



Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon.  Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan.  



MAKLUMAT LANJUT



Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai UniSZA, sila hubungi :



                                       Timbalan Pendaftar Kanan
                                     Universiti Sultan Zainal Abidin
                                           Kampus Gong Badak
                                        21300 Kuala Terengganu
                                    TERENGGANU DARUL IMAN

                                        

                                           No. Tel:09-6687773/7760/7616/8888

                                         No. Faks: 09-6687843

                                       Laman web: www.unisza.edu.my





87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .