Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Mesir

Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Mesir

 

Iklan Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat Di Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi


Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:
- Pengarah  Gred 52/54 (Terbuka), Education Malaysia Kaherah, Mesir




 SYARAT-SYARAT UTAMA PERMOHONAN 

i)             Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii)            Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan; Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 52 atau Gred 54 atau setaraf dan telah disahkan jawatan;
iii)           Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun dan mempunyai baki tempoh perkhidmatan 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib;
iv)           Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan sekurang- kurangnya 6 tahun;
v)            Mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hal ehwal pelajar, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
vi)           Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2010,2011 dan 2012);
vii)         Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
viii)        Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
ix)           Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan;


 KEUTAMAAN KELAYAKAN


Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:-

a.  Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
b.  Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai dengan seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan
c.  Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.



CARA MEMOHON

i)             Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.3
ii)            Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
·         Senarai tugas pegawai yang terkini;
·         Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta  
     Pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;
·         Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
·         Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2010, 2011 dan 2012) yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
·         Satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan; dan
·         Satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan.
·         Lampiran A – Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang dipohon.
iii)           Semua permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia/ Bahagian Khidmat Pengurusan di Kementerian/ Jabatan;
iv)           Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)


 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 25 Januari2013 (Jumaat).Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

TEMUDUGA

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

6.         PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
i)          Encik Rosizham bin Hamdan
            Emel: rosizham@mohe.gov.my
           Telefon: 03-8870 5212
 
ii)            Cik Mardiana binti Zulkifli
Telefon: 03-8870 5241

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .