Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kategori Pelajar Mudah Masuk IPTA Universiti Awam

Kategori Pelajar Mudah Masuk IPTA Universiti Awam




3 golongan dilonggar masuk IPT wajar

Kuala Lumpur: Langkah Kementerian Pengajian Tinggi melonggarkan syarat kepada tiga golongan bagi memasuki politeknik dan universiti awam tanpa mengikut meritokrasi adalah sesuatu yang wajar dan adil. 

Menerusi pelaksanaan itu, pelajar miskin, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan minoriti seperti Orang Ulu akan ditawarkan 5,200 tempat khusus di institusi pengajian bermula tahun ini.


Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya menyambut baik pelaksanaan itu kerana ia memberi peluang yang adil kepada golongan berkenaan dalam mendapatkan pendidikan. 



 


Katanya, sejak meritokrasi diperkenalkan, ramai pelajar dari golongan berkenaan sukar mendapat tempat di institusi pengajian tinggi kerana perlu bersaing dengan pelajar lain yang menerima kemudahan pembelajaran lebih baik sekali gus menyebabkan mereka tercicir.



Kurangkan keciciran


Beliau berkata, dengan pengenalan dasar baru ini diharapkan dapat mengurangkan kadar keciciran dan merapatkan jurang antara mereka dengan pelajar lain sekali gus memberi peluang sama rata untuk mendapatkan pendidikan tinggi.

“Ia satu keadilan kebajikan kepada mereka yang barangkali berhak kerana tidak mempunyai persiapan sama dengan orang lain ketika belajar dulu berikutan mengalami pelbagai kekurangan kemudahan pembelajaran.
“Diharapkan golongan ini tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi oleh kerajaan dan dapat membantu menaiktaraf diri, keluarga dan kaum mereka,” katanya kepada BH ketika dihubungi di sini semalam.


Pantau ketat permohonan

Beliau menambah, PIBGN juga berharap kementerian dapat memantau dan memeriksa dengan ketat permohonan supaya tidak berlaku penyelewengan atau salah guna pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memasuki IPTA dengan mudah.

Seramai 3,200 pelajar akan mengikuti pengajian di 32 politeknik mulai Mei depan, manakala 2,000 di 20 universiti awam pada September menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiap universiti dan politeknik akan mengambil 100 pelajar tanpa menjejaskan unjuran dan kapasiti pengambilan sedia ada, manakala sistem kemasukan turut menggunapakai data Unit Pusat Universiti (UPU).

Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata pihaknya sudah lama menantikan langkah sedemikian dilaksanakan di negara ini kerana sebelum ini mereka berdepan pelbagai kesukaran untuk mendaftarkan pelajar OKU ke institusi pengajian tinggi.

Katanya, pelaksanaan dasar baru ini akan membolehkan pelajar OKU menyambung pengajian dengan lebih mudah, sekali gus membuktikan mereka juga mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar lain. 




5,200 tempat disediakan untuk pelajar miskin, OKU dan minoriti

Kuala Lumpur: Pelajar miskin, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan minoriti seperti Orang Ulu akan ditawarkan tempat di politeknik dan universiti awam mulai Mei dan September depan, tanpa mengikut meritokrasi.

Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan 5,200 tempat khusus di politeknik dan universiti untuk golongan itu tanpa mengira kaum dan agama, tetapi mereka perlu memenuhi syarat kemasukan am dan program yang ditawarkan. 




3 kategori mudah masuk IPT

5,200 tempat disediakan untuk pelajar miskin, OKU dan minoriti


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksanaan mod kemasukan baru itu yang diluluskan Kabinet barubaru ini membabitkan pelbagai jurusan kecuali program asasi.



Bermula Mei, September

Katanya, seramai 3,200 pelajar akan mengikuti pengajian di 32 politeknik mulai Mei depan, manakala 2,000 di 20 universiti awam pada September menerusi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Setiap universiti dan politeknik akan mengambil 100 pelajar tanpa menjejaskan unjuran dan kapasiti pengambilan sedia ada, manakala sistem kemasukan turut menggunapakai data Unit Pusat Universiti (UPU).

“Mereka (pelajar terpilih) layak mengikuti pengajian di universiti, namun tidak mampu bersaing dari aspek prinsip meritokrasi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi dan ‘Jom Masuk U’ 2013 serta penyerahan Baucar Buku 1Malaysia di Padang Varsiti, Universiti Malaya (UM), di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ab Rahim Md Noor; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa dan Naib Canselor UM, Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.


Meritokrasi diperkenal pada 2002

Sistem pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menggunakan prinsip meritokrasi diperkenalkan pada 2002, membabitkan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus kokurikulum.

Mohamed Khaled berkata, pelaksanaan mod baru itu menjadi akses pengajian tinggi untuk membantu kumpulan sasar meliputi mereka yang bersekolah di sekolah serba kekurangan di pedalaman Sabah dan Sarawak dan kawasan ladang di Semenanjung.

Katanya, sejumlah 7.1 peratus rakyat negara ini menetap di luar bandar yang hidup di bawah garis kemiskinan serta kurang berkemampuan dari aspek sosio-ekonomi dan kurang mendapat kemudahan disediakan kerajaan.

Pada masa sama katanya, ada golongan miskin bandar yang terpinggir dan tersisih dari arus pembangunan, selain Bumiputera Sabah dan Sarawak yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.5 yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti.


Tak biar keciciran berterusan

“Setiap tahun ramai pelajar seumpama ini tercicir melanjutkan pengajian peringkat pengajian tinggi dan sebagai kerajaan prihatin kepada rakyat, kita tidak akan membiarkan keadaan ini berlanjutan kerana ia menyebabkan masyarakat kawasan itu terus ketinggalan.

“Kita menggunakan pelbagai kaedah untuk mengesan mereka seperti laporan pemimpin masyarakat, senarai penerima bantuan kebajikan dan hebahan media,” katanya.


Sumber; Berita Minggu, Ahad, 15 rabiul Akhir 1434 Hijrah







2 Comments:

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

saya grad politeknik 2009 . lepas tu saya ada apply IPTA .. nak sambung study lah katakan,,tapi langsung tak dapat tempat. Banyak kali saya cuba..rasa macam dah tak berguna masa tu , Akhirnya saya sambung masuk IPTS uniKL . hendak seribu daya :)

Puan Ummi said...

terima kasih Afisya Afida atas perkongsian saudari. Semoga pelajar2 saya yg melayari blog saya ini mengambil iktibar kegigihan saudari menuntut ilmu setinggi mungkin. Syabas dan tahniah di atas semangat saudari

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .