Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

JOM KE KARNIVAL JOM MASUK U 2013

JOM KE KARNIVAL JOM MASUK U 2013





 Jadual Karnival Jom Masuk U 2013



MAKLUMAT PENTING UPU
  PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA dari  7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013  bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014  dibuka. 


Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


Apa Itu Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U?


Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005.

  Mulai tahun 2007 telah dikenali sebagai “Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat” dan kini melalui penjenamaan semula disebut dengan nama “Karnival Pengajian Tinggi Negara”.

 Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan tagline “JOM MASUK U”.

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.

Mereka yang mendapat manfaat adalah lepasan SPM dan setaraf serta lepasan STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia. 


Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014. 

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2013

 

 

Di antara aktiviti dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah
  1. Pameran Pendidikan 1Dream 2U
  2. Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara 1Dream 2U bersama pemimpin masyarakat, 
  3. Cabutan Bertuah Jom Masuk U
  4. Cabutan Perdana Jom Masuk U
  5. Kuiz Jom Masuk U
  6. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
  7. Semakan syarat khas kelayakan program
  8. Permohonan Aplikasi Dalam Talian
  9. Pendaftaran Sahabat UPU
  10. Info Hut
  11. Taklimat kenali IPTA / Politeknik / ILKA
  12. Pertandingan Foto Maya dan Teka Silang Kata
  13. Liputan radio secara langsung.

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. 

Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah
  1. 20 IPTA
  2. 100 IPTS terpilih
  3. Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) dan Malaysian Qualification Agency MQA).
  4. Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
  5. Yayasan Negeri
  6. Agensi pembiayaan pendidikan
  7. Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti. 



Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2013

 

Karvinal Jom Masuk U 2013 akan berlangsung seperti berikut; 

KPTN 2013 (JOM MASUK U)

Sertailah Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2013. Pelbagai program menarik telah diatur khas untuk anda.  Kunjungi KPTN Jom Masuk U di lokasi berhampiran.

JOM MASUK U ZON 1 :
Padang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
(Majlis Perasmian Pelancaran)

JOM MASUK U ZON 2 :
One Borneo Hypermall,
Kota Kinabalu, Sabah

JOM MASUK U ZON 3 :
Perkarangan Stadium Darul Aman
Alor Setar, Kedah

ZON 4 :
MITC, Melaka

ZON 5 :
Kuching Waterfront
Kuching, Sarawak

ZON 6 :
Perkarangan Sunway Hotel,
Seberang Jaya, Pulau Pinang

ZON 7 :
Sultan Ahmad Shah International Convention Centre,
Kuantan, Pahang

ZON 8 :
Perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak
Kuala Terengganu, Terengganu

ZON 9 :
Perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV
Kota Bharu, Kelantan

ZON 10 :
Dewan Jubli Perak,
Kuala Kangsar, Perak

ZON 11 :
PERSADA Johor,
Johor Bahru, Johor
(Majlis Perasmian Penutup)



Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2013 ini sila hubungi; 


Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, No.2 Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 Putrajaya.



Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766
Helpline UPU 03-8870 6777
Hot Line UPU 03-8870 6767
Kaunter KPT UPU 03-8870 6778
Faks 03-8870 6864




maklumat lanjut : ---> http://upu.mohe.gov.my/upu.php  http://upu.mohe.gov.my/
e-mel upu@mohe.gov.my
Sumber: Terima aksih kepada:

http://eputra.com
http://upu.mohe.gov.my/upu.php




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .