Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia




Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia :  
Kumpulan Pengurusan dan Profesional & Kumpulan Sokongan.
  - Jawatan Kosong Akauntan, Pegawai tadbir, Juruteknik, Pengawal Keselamatan.

 Tarikh Tutup: 10 Jan 2013  



 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

SYARAT LANTIKAN

Antara jawatan kosong yang ditawarkan dan kelayakan yang diperlukan seperti berikut:


 PEGAWAI TADBIR, GRED N41

(a) ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : protonT3)
dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



 JURUTEKNIK, GRED J17
(a) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : protonT9);
dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 


 PENGAWAL KESELAMATAN, GRED Kproton1

(a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(b) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
dan
(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) dan (b) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.





Maklumat lanjut sila layari:

Sistem Permohonan Jawatan Kosong Online di sini

Manual Pengguna di ini





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .