Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BIASISWA PERSEKUTUAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

BIASISWA PERSEKUTUAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

INFO BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAN UNIVERSITI (BKPU 

 

BKP diberikan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kedua-dua biasiswa ini diberikan khusus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang ibu bapanya memiliki pendapatan rendah.

OBJEKTIF BKP DAN BKPU




 
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan. 


Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam. 


KELAYAKAN DAN KRITERIA PEMOHON:

Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
  • Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kadar Biasiswa

  • Tingkatan 1 hingga 5 – RM 70 sebulan
  • Tingkatan 6 Sastera – RM 90 sebulan
  • Tingkatan 6 Sains – RM 110 sebulan

Permohonan

  • Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak.
  • Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
  • Pemprosesan permohonan adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia. 
  • Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru yang berkenaan di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui samada nama mereka tersenarai dalam permohonan. 


INFO:

 KELAYAKAN MENERIMA BIASISWA PERSEKUTUAN:




OBJEKTIF BKP DAN
BKPU


 


 


Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganugerahkan penghadiahan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.00 sebulan. 

Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam. Kadar BKP adalah RM70.00 sebulan manakala RM90.00 sebulan (bagi pelajar aliran sastera) dan RM110.00 sebulan (bagi pelajar aliran sains). 
 
KPM telah mengambil langkah-langkah berterusan dari segi pemantauan pemberian penghadiahan BKP dan BKPU ini kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi kewangan tetapi memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria dari segi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang.


Kerjasama daripada beberapa pihak seperti sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) telah diperolehi dalam memastikan pelaksanaan penghadiahan biasiswa ini dilaksanakan dengan berkesan. Sekolah berperanan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak menerima hadiah biasiswa ini sebelum dimajukan borang permohonan mereka kepada PPD dan seterusnya kepada JPN.

KPM (Bahagian Kewangan) akan mendapatkan maklumat daripada JPN sebelum meluluskan permohonan pelajar. Pemprosesan permohonan pelajar adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM. Penggunaan SisPEB memudahkan proses pemilihan secara telus dan cepat. Bagi memastikan proses pelaksanaan ini diagihkan secara adil dan saksama, KPM telah menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa ke semua agensi yang terlibat dengan bantuan pihak Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Audit Sekolah.



     
 

KRITERIA KELAYAKAN




 
Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah seperti berikut:-
 
 
 
 
 
i)    Warganegara Malaysia;
 
 
ii)   Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
 
 
iii)   Pendapatan isi rumah maksimum RM1,500.00 sebulan atau / dan yang lebih rendah;
 
 
iv)   Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan
 
 
v)    Kadar biasiswa
 
 
 
 
Tingkatan
Kadar Sebulan
Tempoh Bayaran
Jenis Biasiswa
 1 hingga 4
RM 70.00
12 Bulan
BKP
 5
RM 70.00
11 Bulan
BKP
 6 Rendah (sastera)
RM 90.00
7 Bulan
BKPU
 6 Rendah (Sains)
RM 110.00
7 Bulan
BKPU
 6 Atas (Sastera)
RM 90.00
11 Bulan
BKPU
 6 Atas (Sains)
RM 110.00
11 Bulan
BKPU
 
 
 
* Tertakluk pada sebarang pindaan
 
 Sumber; KPM  di sini



4 Comments:

Anonymous said...

bilakah tarikh kemasukan wang bkp tahun ini?2013

azieyra said...

saya pelajar tingkatan 1.ayah saya telah kemalangan.ayah saya sekarang belum lagi bekerja.mak saya suri rumah..gaji ayah saya kalau tak silap saya dh tak jalan.saya bersekolah di sbp.ia menggunakan duit yang banyak.saya hanya mampu membayar bayaran yang kecil sahaja.bolehkah saya memohon biasiswa ini ?



haza said...

biasiswa ni hanya untuk gaji bersih ke gaji sebenar ?

Anonymous said...

boleh tak update buku bank bulan mei 2014 ni?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .