Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2012

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012



Tarikh   : 29 Jun hingga 1 Julai 2012
Tempat  : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Keistimewaan Program ini: 

Lebih 350 agensi/syarikat seperti Al-Rajhi Bank, Media Prima Bhd., Celcom, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menawarkan pelbagai jawatan kosong serta peluang keusahawanan sepanjang karnival ini.

Cabutan Bertuah dengan hadiah iPAD, iPHONE, iPOD TOUCH


Pra - pendaftaran atas talian dibuka sekarang di http://www.k3g.com.my. http://www.k3g.com.my.

SEMUA DiJEMPUT HADIR

Terap elemen keusahawanan

PUTRAJAYA: Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) memberi peluang kepada graduan bersua secara langsung bersama pihak industri bagi mendapatkan pekerjaan, sekali gus membuktikan komitmen Kementerian Pengajian Tinggi membantu pelajar melalui ‘zaman peralihan’ dari alam kampus kepada dunia kerjaya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, K3G program komprehensif kerana ia bukan saja memberi fokus kepada bidang kerjaya, tetapi turut menerapkan elemen keusahawanan di kalangan graduan dan golongan pencari kerja.


Menurutnya, graduan berpeluang mendapatkan pekerjaan sesuai kelayakan mereka selain khidmat kaunseling dan perundingan kerjaya disediakan.

“Persoalan mengenai graduan ini mendapat kerja atau tidak dengan syarikat dan industri adalah perkara lain. Tetapi apa yang penting pihak berkenaan bersemuka dengan graduan mahukan kerjaya di tempat mereka.

“Elemen keusahawanan diterapkan dalam karnival kali ini diharap dapat memberi pendedahan dan peluang kepada graduan. Jika ada antara mereka berminat dalam dunia perniagaan, mereka berpeluang menemui pihak terbabit yang menawarkan bidang itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Program K3G dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini hingga 1 Julai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Kira-kira 350 peserta pameran terdiri daripada pihak industri dan syarikat korporat sudah menyatakan penyertaan mereka pada karnival itu dijangka menawarkan lebih 8,000 jawatan eksekutif dan peluang pekerjaan lain kepada graduan dan mereka yang ingin mendapatkan kerja.

Mohamed Khaled berkata, usaha kerajaan membantu pelajar bukan hanya ketika mereka menyambung pengajian di universiti, tetapi ia berterusan sehingga pelajar terbabit menamatkan pengajian masing-masing.

“Ia komitmen kerajaan yang bertujuan memastikan golongan ini mendapat pekerjaan. Justeru, kami membuat keputusan di peringkat kementerian supaya memberi penekanan bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan di kalangan pelajar dalam dunia pekerjaan. “Malah, kami melaksanakan program dalam masa tiga bulan kepada pelajar sebaik menamatkan pengajian. Kami melaksanakan tanggungjawab untuk membantu mereka selain mengalu-alukan penyertaan program di kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta industri lain dalam program selain K3G,” katanya. Mengenai dilema pelajar memilih pekerjaan yang hanya berkait dengan kursus dipelajari, Mohamed Khaled berkata, universiti diwujudkan bukan semata-mata memenuhi keperluan industri, tetapi memberi pendedahan kehidupan selepas pelajar tamat dari pengajian. “Program tertentu yang dipelajari bukan semata-mata untuk pelajar itu memilih pekerjaan dalam bidang berkaitan. Hakikatnya, peluang di universiti untuk membangunkan kemampuan dan keupayaan serta bukan untuk menguasai sesuatu ilmu saja.
“Mereka didedahkan dengan kemampuan berdepan cabaran. Sebab itu program di universiti bersifat akademik serta memberi pendedahan kepada pelajar secara teori,” katanya. Beliau berkata, jika pelajar terbabit diajar perkara yang hanya memenuhi industri tertentu, pengetahuan mereka memang akan berubah dengan pesat, tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dan berdepan perubahan apabila memasuki industri berkenaan. “Sebab itu di universiti mereka diajar cara berdepan cabaran, berikutan perubahan mereka lalui sebaik memasuki alam pekerjaan. “Kalau pelajar itu mempunyai nilai cukup untuk berdepan perubahan dan cabaran, tentu mudah menghadapi perkara berkenaan selepas keluar universiti,” katanya. (Sumber: Harian Metro)

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .