Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lepasan SPM Pra Diploma UiTM Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Peluang Kedua Lepasan SPM Prog Pra Diploma UiTM


Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM

Adalah dimaklumkan, permohonan ke program Pra Diploma MDAB telah dibuka. Sekiranya berminat, hendaklah memohon dengan kadar segera.

Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan.

Pelajar yang lulus dalam MDAB layak ditawarkan ke program Diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja 

Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD

Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia

2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris

Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, atau Sains Tambahan
Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 23 tahun semasa tarikh permohonan.



Maklumat Program

Pra-Perdagangan (PD002)
1 semester / 6 bulan


Brosur Pra Perdagangan klik di sini

Info Program
Program ini memberi tumpuan kepada asas Bahasa Inggeris dan Matematik

Peluang Melanjutkan Pelajaran:


Setelah tamat program ini, calon-calon boleh melanjutkan pengajian ke program diploma yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM  seperti Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.

Pra-Sains (PD007)1 hingga 2 semester / 6 hingga 12 bulan  

Brosur Pra-Sains (PD007) klik di sini

Info Program 
 Program ini memberi tumpuan kepada asas Sains dan Matematik. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris

Peluang Melanjutkan Pelajaran


 Calon yang lulus program ini akan diserapkan ke program Diploma yang berasaskan Sains dan Teknologi

  • Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
  • Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (Bagi Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan )
  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (melalui proses temu duga)
  • Fakulti Komunikasi dan Pengajian
    Media
    (melalui proses temu duga)
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
    (melalui proses temu duga)


Setelah tamat program ini, calon-calon boleh melanjutkan pengajian di mana-mana program diploma berasaskan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM seperti Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Seni Bina, Fakulti Perancangan & Ukur, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.




Permohonan
  • Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:-
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan sendiri atau dihantar ke alamat berikut:-
Sekretariat
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang
Lintasan Semarak
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang Darul Makmur 




Bagi Rakyat Terengganu (Bumiputera), Borang ini boleh didapatkan daripada Cik Raslina Mohamed  Nor  (Koordinator unit MDAB, Bilik KP06 - Blok Intelek) atau En. Mohd Nasrul Mizan (Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran).

*Pihak UiTM berhak menolak permohonan/menarik balik surat tawaran sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.

Borang Permohonan Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM Johor sila klik di sini 

 Borang Permohonaan klik di sini
• Borang Pengesahan Pendapatan, klik di sini

Pautan:
• Facebook Unit MDAB UiTM (Terengganu) – Kampus Dungun


GRED SPM
sebelum 2010 mulai 2010
- A+
1A A
2A A-
3B B+
4B B
5C C+
6C C
7D D
8E E
9G G
   










44 Comments:

Unknown said...

Kalau dua kredit tak boleh ke? Sesiapa boleh tolong saya.saya cuma dua kredit. Hmm

Unknown said...

Kalau dua kredit tak boleh ke? Sesiapa boleh tolong saya.saya cuma dua kredit. Hmm

Unknown said...

Kalau dua kredit tak boleh ke? Sesiapa boleh tolong saya.saya cuma dua kredit. Hmm

Unknown said...

Kalau dua kredit tak boleh ke? Sesiapa boleh tolong saya.saya cuma dua kredit. Hmm

Unknown said...

saya boleh tolong cakap jew..
pergi ambil spm ulangan..

Unknown said...

saye boleh tolong cakap jew..
pergi ambil spm ulangan..small matter

Unknown said...

hubungi saya

ana said...

izzat,ape kate awak call no pjbat uitm..lagi snang..sbab ley runding...

Anonymous said...

2 kredit ny susah skit nak msuk ipta..x kira lah uitm ke taw pown institut laen..sbb skrg ny dh byk org pndai n cemerlang..saya sarankan awak ambik spm ulangan..kalau amir malu,sya sarankan awak ambek form 6..tpi awak kna btol2 focus..jgn maen2 dmi msa dpn awak..selain memasuki institut swasta,kos pembelajaran yg tinggi amat merumitkn..tq..

Anonymous said...

SAYA DPT 3 KREDIT TP BM X KREDIT MCAM MANA EK..SKRNG NI BOLH LG KE NK WAT EXAM ULAGAN???.. DH BUNTU GILE NK MSOK AP NI..??? HELP ME PLIZZZZZZZZ

Puan Ummi said...

terima kasih kepada smeua yang sudi menolong jawab kepada soalan Izzat.
Izzat minat bidang kemahiran?
jika minat Izzat boleh mohon program kemahiran daatkan sehingga SKM yang tertinggi atau sehingga SKM tahap 3/4.

atau izzat terus telefon atau jumpa bahagian pengambilan pelajar UITM terdekat. akalu d Pahang ni, kat UITM Jengka.

Puan Ummi said...

Anonymous Anonymous said...

SAYA DPT 3 KREDIT TP BM X KREDIT MCAM MANA EK..SKRNG NI BOLH LG KE NK WAT EXAM ULAGAN???.. DH BUNTU GILE NK MSOK AP NI..??? HELP ME PLIZZZZZZZZ

April 27, 2013 at 12:34 PM
Delete

better u ambil BM SPM julai. sila hubungi Jabatan Pelajarn negeri anda untuk tahu tarikh pendaftaran BM Julai 2013.

Puan Ummi said...

Kepada lepasan SPM teruskan usaha anda membina kecemerlangan dalam hidup anda. cemerlang akademik, peribadi, kepimpinan dan sakhsiah.

jika saya lambat membalas komen2 di blog ini bermakna saya sedang sakit. terima kasih atas jawapan membina daripada para pelayar blog ini.

semoga jawapan membina anda diberi pahala oleh Allah.

wardiun said...

bila keputusan pra diploma akan kluar? coz sya xmaw bazir duit dftr f6 lpas tu dpt pra sya kluar dri f6. . pndftran f6 pda 8mei so adka kptsan pra ni kluar lebi awl?

wardiun said...

bila kluar kptsan pradiploma ni?

Nisa said...

Bila tarikh akhir nak mohon ni ye ?saya baru tau pasal destini anak bangsa ni .

Anonymous said...

masih boley mohon x pra perdagangan kt uitm ni ??

Cikgu Ma said...

Nisa dan anon:
permohonan ini tiada secara online.
anda perlu hubungi UiTM sendiri.

Anonymous said...

sy sudh ad borang utk memohon pra perdagangan ni tetapi tidak tahu pula bila tarikh tutupnya..ada sebrg temuduga ker ?

Anonymous said...

saya mahu tahu ble dpt cek ? Hati sy risau sgt

Puan Ummi said...

Anonymous Anonymous said...

sy sudh ad borang utk memohon pra perdagangan ni tetapi tidak tahu pula bila tarikh tutupnya..ada sebrg temuduga ker ?

May 17, 2013 at 3:14 PM
Delete

sila hungi UITM terus

Puan Ummi said...

Anonymous Anonymous said...

saya mahu tahu ble dpt cek ? Hati sy risau sgt

May 18, 2013 at 11:34 AM
Delete

hubungi UITM terus. bekas pelajar saya dah tahu keptusannya diaa tak dapat masuk prog ni

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya dh hntar borang ke mdab ,pegawai pengarah uitm ckap sya akan dipanggil ttpi bile sya bleh tahu keputusan pemohonan??

Unknown said...

slm, sy amik spm thun 2012.. n sye dpat 4A 2A- 1B+ 2E.. yg E tu ialah math n eng.. so sye mohon program mengubah destini anak bangsa bahagian perdagangan punye. n solan sye. bagaimana cara pembelajarannye?? adakan full eng?? 1 lgi contoh lau sye gagal lam program ni adekan sye boleh turun n amik Form 6 balik???

Puan Ummi said...

TANPA NAMA MAY 19, SILA HUBUNGI UITM YANG ANDA POHON

Puan Ummi said...

Azuan, sila hubungi UiTM utk tahu cara pembelajarannya.
form 6 di sekolah krajaan hanya pada tahun semasa. form 6 di sekolah persendirian bila2 masa.

Anonymous said...

Boleh check sda program MDAB?

Anonymous said...

kalau daftar sekarang masih dapat ke ??

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh apply lagi?

Unknown said...

bila tarikh tutup permohonan ni ek?

Unknown said...

bole mohon lagi tak buat masa sekarang?
tarikh tutup dia bila ek?

Puan Ummi said...

Miss Ida
permohonan ini tiada secara online.
anda perlulah menghubungi UITM terdekat tempat tinggal anda untuk mengetahui permohonan ini, Biasanya ia serentak dgn pengmabilan Julai dan Disember.

Puan Ummi said...

kepada semua tanpa nama yg bertanya;
permohonan ini adalah secara terus ke UITM.
Jadi anda mestilah tanya terus kepada UITM terdekat dgn anda atau MDAB UITM yang anda pohon

Anonymous said...

Kalau pra perdagangan yang bukan under MDAB ada tak? Sebab gaji ibubapa saya lebih dari 2k. Maaf ganggu.

Puan Ummi said...

setahu saya aada tapi di kolej bersekutu UITM

Anonymous said...

assalamuaikum . . sye nk tnye , sye pnye result spm BM - c+ , BI -E . . tetpi mslh sye math sye sngkut iaitu fail . . adekh sye boley dpt smbng bljr d MDAB atau sebaliknyr . . tolng yee puan / tuan . . terima kasih :)

Puan Ummi said...

Anonymous hubungi uitm terdekat anda terus,

Anonymous said...

Maaf nak tanya bg pelajar mdab yg berjaya ke diploma adakah kelebihan pelajar mdab seperti elaun dan yuran percuma diteruskan.

Anonymous said...

macam mane nk mohon n ade berape sesi untuk pra dip ni??

Anonymous said...

Program mdab ni kalau kita tkdpt boleh buat rayuan takk ? Hmm

Unknown said...

Saya dpt tawaran pra perdagangan dekat jengka. Boleh ke lepas tamat 6 bulan ni sy memilih kursus yg saya minat spt sains komputer. Boleh ke?

Unknown said...

adakah program ini boleh buat rayuan setelah keputusan keluar?

Unknown said...

nak tnya pra diploma untuk sesi2 (disember) thun 2016 bln berapa keluar keputusan ?

Unknown said...

nak tnya pra diploma untuk sesi2 (disember) thun 2016 bln berapa keluar keputusan ?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .