Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Semakan Keputusan Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

SIARAN AKHBAR: Semakan Keputusan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012


KPM SENTIASA TINGKAT PROGRAM PRAUNIVERSITI

 KPM SENTIASA TINGKAT PROGRAM PRAUNIVERSITI

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat pembaca bertarikh 19 Mac 2011 bertajuk 'Tingkatan enam perlu dirombak, Pelajar Prauniversiti 2010/2011, Ampang', 23 Mac 2011 'Perkasa semula tingkatan enam ,Hasron Nazri Hashim, Kuala Lumpur' dan 25 Mac 2011 'Kementerian patut hebah kelebihan masuk tingkatan enam, Insan Prihatin, Ampang, Selangor'.

Untuk makluman , KPM melalui Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sentiasa berusaha untuk memperkasakan program pendidikan tingkatan enam dengan merangka rancangan penjenamaan semula program pendidikan prauniversiti ini. Satu daripadanya ialah merombak sistem peperiksaan STPM daripada sistem terminal kepada sistem modular.

READMORE...

SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM

SELEPAS SPM: SYARAT  KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. dunia Cikgu Kaunseling sering mendapat pertanyaan tentang syarat kelayakan untuk ke Tingkatan 6. Soalan diajukan oleh lepasan SMKJP2, termasuk oleh penjaga dan ibubapa mereka samada melalui telefon dan email.

Di sini Dunia Cikgu Kaunseling muatnaik syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 6 Bawah tahun 2010 di Sekolah Menengah Harian sebagaimana yang pernah tersiar di website KPM tahun lalu. Mungkin syarat ini masih boleh dijadikan panduan asas jika pelajar berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:

1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII Matematik / Matematik Tambahan VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tami

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN


I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Amp; Elektronik / Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010

sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

TAKLIMAT KERJAYA MGKKDM & IIUM HIGHER EDUCATION

TAKLIMAT KERJAYA OLEH  MGKKDM (MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH MARAN) & IIUM HIGHER EDUCATION DI SMK JENGKA PUSAT 2

Pada Hari Sabtu, 23 April 2011 telah diadakan sebuah sesi Taklimat Kerjaya dan Peluang Melanjutkan Pengajian di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 kepada para pelajar lepasan SPM 2010.

Taklimat ini dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Maran, (MGKKDM) Pahang dengan kerjasama IIUM Higher Education.

Aktiviti sekitar program boleh tinjau ke http://smkjengkapusat2.blogspot.com/2011/04/taklimat-kerjaya-oleh-mgkk-daerah-maran.html

SEMAKAN TEMU DUGA LEPASAN SPM/ DAN STPM 2011



SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN STPM/SETARAF (Program Pengajian Bukan Pendidikan)

SEMAKAN TEMU DUGA


LEPASAN STPM/SETARAF 

Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 25 April 2011 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 28 April - 8Mei 2011
Semakan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 melalui kaedah berikut:-
  • SMS (Short Messaging Services)
    My SMS - 15888
Temu Duga akan dijalankan pada 25 Mei - 1 Jun 2011

LEPASAN SPM/SETARAF 

Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 11 April 2011 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 14 - 18 April 2011.   

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

 

HIKMAH SUJUD

Hikmah Sujud dalam Solat



Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar para pelajar dan pelayar blog ini? Semoga sihat-sihat juga. Hari Jumaat yang cerah ini, ingin saya nukilkan sesuatu untk para pelajar renungkan bersama.  Renungan untuk diri saya jua.

Setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Allah telah mensyariatkan sujud ketika solat juga mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia. (burut)
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! Tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut
17. Terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
18. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
19. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal & menguatkan mentaliti seseorang.
20. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Susahnya Bila Line Internet takde

Susahnya Bila Line Internet takde...

Bila line ternet takder, nak kemaskini blog ini terpaksalah dilakukan di rumah.
namun itu bermakna saya terpaksa korbankan masa bersama keluarga pula.
Sedangkan pada waktu kerjalah biasanya apabila tiada apa-apa perkara,
barulah saya hendak kemaskini berita semasa atau kemaskini layout.

Bila petang tadi selepas balik kerja, bukalah sekejap blog ni..
tu diaaa...habis dah gambar background blog ni hilang.
..bandwith katanya dah lebih.

terpaksa lah tukar themes lagi...



Susahnya Bila Line Internet takde

Piramid makanan jadi panduan

Piramid jadi panduan

 Pengambilan makanan harian mengikut keperluan dan bukannya berasaskan selera.

PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.

Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik.

Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.

Karbohidrat
Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.
Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda.
Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.

Protein
Asas binaan tulang, darah dan otot.
Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.
Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu).
Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).

Lemak
Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.
Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.
Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.

Vitamin dan mineral
Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.
Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.
Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.

Air
Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.
Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).
Amalkan asas pemakanan sihat 

Hanya anda yang boleh memastikan anak anda menerima yang terbaik dari segi pemakanan. Anda beruntung kerana ia bukanlah sesuatu yang sukar. Prinsipnya mudah - bekalkan makanan yang betul, pada masa yang betul, serta dalam jumlah yang betul.

Jadikan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan apabila membuat pilihan makanan. Hidangkan makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan di dalam piramid tersebut mengikut bilangan hidangan yang disarankan.

Jangan lupa untuk mempelbagaikan makanan yang disediakan setiap hari kerana tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi kesemua keperluan pemakanan anak anda. Sentiasa berikan alternatif yang berkhasiat untuk makanan yang anak anda tidak gemari.

Contohnya, hidangkan kangkung jika dia tidak gemarkan bayam; berikan ayam jika dia enggan makan ikan. Paling penting adalah memberinya gabungan makanan-makanan berkhasiat yang membekalkan pelbagai nutrien untuk menyokong keperluannya.

Berikut beberapa tip tabiat diet yang baik untuk ibu bapa amalkan di rumah:

 Pastikan anak anda makan sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat akan memberinya permulaan hari yang baik, menggerakkan metabolismenya, serta memberikan tenaga untuknya belajar dan bermain di sekolah.

Anak anda boleh pilih sarapan pagi yang ringkas seperti segelas susu bersama semangkuk bijirin sarapan atau sandwich tuna. Bagi ibu bapa yang sentiasa terburu-buru pada waktu pagi, cuba rancang dan sediakan bahan ramuan pada malam sebelumnya.

Pastikan anak anda mempunyai tiga waktu makan utama dan dua snek setiap hari. Makan snek antara waktu makan akan membantu anak anda bertenaga sepanjang hari. Pilih snek yang berkhasiat, seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt. Bagaimanapun, jangan ganti waktu makan utama dengan snek. Jangan beri snek kepada anak anda dua jam sebelum waktu makan utama bagi mengelakkan anak anda hilang selera semasa waktu makan utamanya.

Sediakan bekalan snek yang berkhasiat (seperti sandwic, buah-buahan potong) untuk anak anda bawa ke tadika atau sekolah. Ini merupakan satu cara memastikan dia makan secara sihat walaupun di luar rumah.

Kurangkan menggoreng dalam minyak yang banyak, guna kaedah masak yang sihat seperti stim, kacau goreng, bakar dan panggang. Had penggunaan lemak, gula, garam dan perasa dalam masakan.

Beri anak minum susu setiap hari. Jangan berhenti hanya kerana dia telah bersekolah. Galakkan dia minum 6-8 gelas air kosong sehari. Anda juga boleh memberi anak anda sumber cecair lain seperti sup dan jus, sebaik- baik-nya yang rendah lemak dan gula.


Pemakanan yang baik bukan sekadar boleh mencegah masalah berlebihan berat atau kurang berat dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah asas ke arah membentuk kesihatan mereka untuk jangka masa panjang. Jadi tanamlah tabiat makan secara sihat di dalam anak anda daripada kecil, supaya dia akan menikmati

Selepas SPM Cabaran Kerjaya Sebagai Doktor

Selepas SPM Cabaran Kerjaya Sebagai Doktor

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  2010 telah pun kita ketahui. Permohonan ke IPTA/ ILKA pun sudah ditutup pada 4 April lalu. Kepada para lepasan SPM 2010 ini, adalah diharapkan anda telah mengetahui hala tuju anda selepas tamat alam persekolahan. Halatuju selepas SPM, perlulah telah pelajar ketahui akan hal tersebut.

Menyoroti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di Kementerian Pelajaran, Rabu, Mac lalu. Bahkan, keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.
 

Daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun,” katanya.


Daripada rumusan di atas, dapatlah kita simpulkan jumlah pelajar yang mendapat kurang satu, dua atau tiga A yang masih boleh dikategorikan sebagai bijak pandai juga sudah semakin ramai.

Di kalangan pelajar-pelajar pintar ini, sebahagian besar daripada mereka barangkali menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Kerjaya ini menjadi pilihan kerana pelbagai faktor seperti jaminan kerja, gaji lumayan, prestij dan dipandang mulia. Tiada ibu bapa atau keluarga yang tidak berbangga memiliki anak-anak atau ahli keluarga yang bergelar doktor. Seorang doktor di mata masyarakat pula adalah penyelamat dan insan yang boleh dipercayai.

Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Apa yang mungkin tidak kita ketahui adalah bukan sedikit pengorbanan dan kepayahan yang diperlukan untuk bergelar doktor.

Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan, harapan yang terlalu tinggi oleh keluarga serta diri sendiri dan yang di penghujungnya tidak menjamin pendapatan lumayan seperti yang disangka membuatkan tidak banyak pelajar mampu mengurus tekanan seperti itu, sekali gus berakhir dengan kegagalan.

Keadaan lebih buruk bagi pelajar yang mengikuti kursus perubatan bukan kerana minat. Mereka sama ada terpaksa memenuhi impian ibu bapa, meneruskan tradisi keluarga atau sekadar mencuba dan mengikut jejak langkah rakan sebaya.

Memang tidak dinafikan hampir 90 peratus atau lebih pelajar perubatan berjaya menamatkan pengajian dan bergelar seorang doktor. Tetapi dalam perkara ini, bukan kuantiti doktor yang dicari, sebaliknya kualiti iaitu bagaimana seorang doktor itu benar-benar mampu berkhidmat.

Ketika ini, hanya 20 atau 30 peratus sahaja pelajar perubatan yang berjaya menjadi doktor pakar dalam pelbagai bidang. Selebihnya, hanyalah sebagai pegawai perubatan biasa atau doktor am tanpa kepakaran khusus. Perkara ini dikongsi oleh Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman.

Menurut beliau, hakikat itu adalah satu kerugian kerana negara memerlukan lebih ramai pakar perubatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pakar dari luar negara.

"Senario ini berlaku disebabkan beberapa perkara, antaranya kriteria kemasukan pelajar perubatan bergantung sepenuhnya kepada keputusan akademik terutamanya SPM. Sedangkan tidak semua pelajar yang mendapat semua A dalam mata pelajaran layak menjadi seorang doktor yang baik," kata beliau. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat semua A dalam mata pelajaran juga sebenarnya mampu menjadi doktor yang jauh lebih baik jika diberi peluang.

Namun, disebabkan terlalu ramai pelajar dengan keputusan sangat cemerlang memohon kursus perubatan, maka pelajar-pelajar sederhana ini langsung tidak mendapat tempat. Lebih-lebih lagi universiti awam di negara ini tidak mempunyai tempat untuk kesemua calon yang memohon.

Ini mendorong ramai ibu bapa sanggup membiayai pengajian anak-anak mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di dalam dan luar negara. Kebelakangan ini pelajar lelaki sering menjadi mangsa keadaan. Ini kerana sebahagian besar yang mendapat keputusan cemerlang adalah pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Jadi, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila pelajar perempuan mendominasi kursus perubatan ketika ini. Profesor Mohd Ramzisham menambah, adalah wajar jika pemilihan pelajar perubatan itu dilihat semula.

Pemilihan secara saringan menggunakan sistem meritokrasi sedia ada iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum agak sukar. Justeru, kaedah yang digunakan kebanyakan institusi luar negara yang mana pelajar lepasan sekolah menengah perlu mempunyai 'work experience' di hospital-hospital boleh diterima pakai. Pelajar-pelajar yang berminat ditempatkan lebih awal di hospital-hospital sebelum mereka memasuki kursus perubatan.

Pelajar-pelajar ini didedahkan dengan persekitaran sebenar hospital termasuk cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sebelum mereka layak memohon. Jika perlu, pelajar-pelajar ini juga boleh dibawa masuk ke bilik bedah untuk merasai pengalaman sebenar seorang doktor. "

Proses ini sebenarnya mirip kepada latihan amali (intern) tetapi bezanya ia dibuat kepada pelajar lepasan sekolah yang muda dan sebelum mereka mengambil kursus perubatan," katanya.

Artikel di atas diolah semula daripada Utusan Malaysia, April 2010 dan akhbar mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/3/23/

Di Sebalik Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan

Di Sebalik Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan



Orang mudah mengeluh bila ditimpakan ujian dan cabaran ke atas dirinya.

Orang senang merungut bila ditimpakan halangan di atas perjalanannya, ditaburkan duri di atas perjuangannya.

Payah. Susah. Itu semua melemahkan dirinya.

Jangan kata orang, saya sendiri juga biasa merasakan kelemahan-kelemahan itu apabila diletakkan dugaan dan ujian di dalam perjalanan kehidupan saya.

Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”

Tetapi kadangkala keimanan itulah yang membangkitkan semula pemerhatian adil kepada Allah SWT. Allah mustahil meninggalkan hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNyalah yang meninggalkan dia.

Jadi pokok pangkalnya, kita perlu bertenang dan melihat semula.

Apakah yang sebenarnya Allah mahu berikan kepada kita dalam kepayahan itu?

Pasti ada hikmahnya.

Dan akhirnya, suatu yang pasti,

Di Sebalik Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan. Kerana Allah tidak pernah zalim kepada makhluk-makhlukNya.



Di balik kerikil yang tajam itu, ada nikmat yang Allah beri. Ada rahmat yang Allah limpahkan. InshaAllah, yang pasti, kita sendiri perlu melihat sisi positif setiap sesuatu kesulitan dan kepayahan yang kita tempuhi.

Bersama datangnya musibah Ilahi, datang jua dengannya kasih sayang Allah. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata akan kepahitan dan kesulitan. Hanya bahu yang memikul, jiwa yang merasa dan tubuh yang menanggung yang merasainya.

Namun jika kita sentiasa bersangka baik dengan Allah, inshaAllah, kita tidak melihat kesukaran itu sebagai suatu yang susah lagi menyukarkan.

Kasih sayang Allah itu amat luas...

Nota untuk diri ini yang selalu lupa jua.

Maka kita perhatikan diri kita semula. Cabaran-cabaran yang kita lalui. Ya, benar sukar. Ya, benar pedih. Ya, benar pahit. Tetapi lihatlah semula, apakah cabaran-cabaran itu diturunkan kepada kita sekadar sia-sia? Sekadar Allah nak bagi kita susah? Sekadar Allah nak cari fasal dengan kita? Sekadar Allah nak buat kita berputus asa?
Mustahil!

Allah itu tidak akan melakukan terhadap hamba-hambaNya demikian.

Di dalam kesukaran itu ada kekuatan yang sebenarnya Allah hendak binakan dalam diri kita. Diberikan kesusahan itu kerana Dia tahu kita mampu melaluinya, bila kita ‘push’ diri kita naik setahap lagi dalam hendak melangkaui halangan yang diberikan. Kita memang nampak macam tak mampu, tetapi Allah lebih tahu daripada kita sendiri, bahawa kita sebenarnya mampu.

Dalam ujian itulah adanya ‘upgrade’.

Tetapi tidak ramai kita melihatnya. Maka kita tewas. Kita jatuh.

Kemudian kita salah-salahkan Allah.

Sedangkan yang Allah ingin berikan kepada kita adalah kekuatan. Untuk mempersiapkan diri kita, akan sesuatu yang mungkin lebih besar lagi pada masa akan datang.

Maka di sinilah kita lihat semula kesukaran-kesukaran kita. Muhasabah.

Pasti di dalamnya ada kebaikan. Maka harungilah dengan penuh ketabahan. Bersangka baiklah kepada Allah SWT. InsyaAllah, apabila kita berjaya melaluinya, kita akan melihatnya.

Tingkatan Enam

Tingkatan Enam

Murid-murid yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi.

Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6:
  • Kemanusiaan
  • Sains
  • Agama
Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tarikh Peperiksaan Bersama Negeri Pahang 2011

Tarikh Peperiksaan Bersama Negeri Pahang 2011: 
Untuk  Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Pahang


Kenapa cache perlu kosong?

Kenapa cache perlu kosong? 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai pengguna internet, adakah kita perasan akan "History" yang ada pada menu di sesetengah komputer kita? Dunia Cikgu Kaunseling pernah juga diajukan soalan, tentang, "Kenapa cache perlu kosong?" Kebetulan pada hari ini, di ruangan Megabite, Utusan Malaysia ada diajukan persoalan ini. Oleh itu, saya rasa ada baiknya saya olah semula artikel berkenaan sebagai kemudahan bersama.



Kenapa cache perlu kosong?

 Soalan:



Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

-Murni , Temerloh

Jawapan:


Apa Itu Cache?

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer.

Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.

Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan.

Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

 Masalah yang timbu l jika tidak clear kan cache

Sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman.

Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan.

Kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache

Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. 

Di sini, hanya panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Internet Options'
*Klik 'General'
*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'
*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'
*Klik 'OK'
*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options'
*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik 'OK'

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'
*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.
*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan.

Solat dalam sudut sains

Solat dalam sudut sains

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini dicopy daripada Utusan Malaysia, Selasa, 5/4/2011, seperti yang dilaporkan oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI.

HUKUM wajib solat adalah kepada setiap Muslim yang mukalaf. Solat perlu ditunaikan selepas Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk Mikraj.

Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah memerintahkan Rasulullah hanya bersolat lima kali sehari semalam, ia merupakan satu berita yang menakjubkan, di mana manusia diberi banyak keringanan.

Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad.

Namun, masih ramai umat Islam mengabaikan solat. Mereka anggap solat hanya membuang masa dan tidak memberi apa-apa manfaat.

Ini menyebabkan ramai yang memandang enteng solat sehingga mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengambil inisiatif merungkai persoalan solat melalui Program Sains Solat: Kebaikan Daripada Perspektif Sains'.

Ia diadakan pada 27 Februari 2011 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan, Selayang, Selangor.

Menurut Penyelaras program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, majlis yang mendapat kerjasama Perkim Cawangan Selayang Baru itu mengundang pakar penyelidik berkenaan tajuk program sebagai pembentang kertas kerja.

Beliau adalah Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Kata Muhammad Farhan, saudara Muslim kadangkala tidak mengetahui kaifiat solat yang diperoleh. Mereka hanya mengikut apa yang dilihat.

"Kesannya, dibimbangi apa yang dipraktikkan adalah bertentangan dan terlibat pula dengan bidaah," katanya.
Muhammad Farhan yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, perkara sedemikian menyebabkan saudara Muslim tidak khusyuk semasa solat kerana ia dianggap ritual dan adat sahaja, bukannya ibadat.

Pandangan itu perlu diubah kerana menyembah Allah bukan perkara yang perlu diambil mudah.
"Allah adalah raja kepada segala Raja. Pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus.

"Ada banyak kelebihan daripada sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji," jelas Muhammad Farhan.

Pada program itu, Dr. Fatimah menggunakan multimedia dalam pembentangannya di hadapan 250 peserta yang terdiri daripada kalangan masyarakat awam, saudara Muslim, guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.
Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.


Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.



Dr. Fatimah Ibahim memberi arahan kepada peserta dalam demonstrasi pergerakan solat di Selayang, Selangor, baru-baru ini.


Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Perasmian dilakukan oleh Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim Kebangsaan, Datuk Hasbullah L. Isa. Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.
readmore...

Kanak-kanak spastik perlu RM8 juta


05/04/2011 11:47am

KUALA LUMPUR – Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan memerlukan RM8 juta lagi bagi mengisi tabung pembinaan bangunan persatuan itu, kata presidennya Datuk Dr Lam Peng Chong.

Dr Peng Chong berkata setakat ini, persatuan itu berjaya mengumpul dana berjumlah RM10 juta dan beliau yakin masyarakat penyayang di negara ini, penyokongnya serta kerajaan akan tampil menghulurkan bantuan bagi mengatasi sebarang kekurangan.

"Kami berhasrat memastikan persatuan ini terus kekal,” katanya yang menambah bahawa bangunan baru itu akan membantu mengatasi pertambahan jumlah kemasukan kanak-kanak spastik untuk mendapatkan pendidikan serta pemulihan dalam persatuan tersebut.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam selepas upacara peletakan batu asas Bangunan Sultan Idris Shah yang baru.

Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan. - Bernama

Permohonan Latihan 1 Malaysia

Permohonan Latihan 1 Malaysia


Permohonan Latihan 1 Malaysia
Sila lengkapkan borang permohonan berikut dan hantar bersama salinan kad pengenalan.




MUET 2011

MUET 2011



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan MUET buat calon-calon MUET yang bakal menduduki peperiksaan MUET  bermula 4 April 2011 nanti.

Kepada adik-adik yang berada di kampus, MUET ni kalau hendah dapat degree sekurang-kurangnya kena bagi MUET ni dapat band3.

Boleh tinjau entry saya sebelum ni:

Tip MUET, klik sini.

Bit Taufiq Wan Najah, InshaAllah.

readmore..







Sekian, wassalam.


MINGGU ANTI DADAH SMKJP2

MINGGU ANTI DADAH SMKJP2

Alhamdulillah, pelancaran Minggu Anti Dadah telah bermula di SMKJP2.






Para pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pegawai AADK.



Antara peserta pertandingan melukis poster Anti dadah.

Gambar-gambar di bawah ialah jenis-jenis dadah:












Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Pegawai AADK Maran.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .