Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Internet dan Kesannya

Penggunaan Internet dan Kesannya



Hari ini penggunaan internet semakin meluas di tanair kita. Perkhidmatan jalur lebar juga telah meluas samada di desa apatah lagi di kotaraya besar. Pada entri kali ini saya ingin mencatatakan sedikit tentang internet; dan kesan penggunannya.

Apa itu internet?

Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku.

Menurut Majalah Dewan Masyarakat Disember 1995 pula, DM mentakrifkan internet suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.

Manakala Majalah PC jilid 3 vlu 1 tahun 1995 mentakrifkan Internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login) , pemindahan fail, e-mel dan kumpulan berita (newsgroup).

Manakala dewasa ini, penyediaan tapak web secara percuma seperti blogspot dan wordpress juga semakin berkembang.  Jika di luar negara seperti Orkut dan sebagainya.

Tapak website secara profesional seperti joomla dan wordpress self hosting juga ada. Manakala penyedia hosting berbayar di Malaysia juga semakin bertambah seperti Baitulbytes, DataKL, SHINJIRU, Mercumaya dan sebagainya.

Kebaikan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah.

Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat.

Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Blog dan Website Pendidikan

Blog berbentuk pendidikan yang dibangunkan oleh para guru di seluruh Malaysia juga telah bertambah dari semasa ke semasa. Para pelajar sekolah boleh berbincang langsung dengan guru mereka. Juga para pelajar sekolah boleh mendapat tips peperiksaan, mendapatkan bahan secara software langsung dari blog pendidikan ini.

Terdapat para guru yang memuatnaik soalan peperiksaan di dalam blog mereka. Juga nota ringkas pelajaran. Semoga para pelajar sekolah dapat memanfaatkan teknologi internet ini.

Contoh Blog Pendidikan Yang Dibangunkan Oleh Para Guru

1) Blog Pra sekolah http://preschoolskj11.blogspot.com oleh Pn Wan Rahilah,SK Jengka 11, Pahang.

2) Blog Pendidikan Islam http://ependidikanislam.blogspot.com oleh Encik Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar, Pulau Pinang.

3) Blog Matematik http://mathsmozac.blogspot.com oleh Cikgu Sahmozac, Sek. Men Sains Muzaffar Syah Melaka

4) Blog Video Mathematics http://videopnpmaths.blogspot.com oleh Cikgu Sahmozac, Melaka.

5) Blog Koleksi Sains PMR http://blogsciencepmr.blogspot.com oleh Cikgu Sains.

6) Blog Memoir Seorang Guru http://memoirseorangguru.blogspot.com Oleh Cikgu Sivik SK Peserai, Johor

7) Blog Bahasa Melayu PMR http://agy7500.blogspot.com oleh Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan.

8) http://www.bmspm.net/, soalan Bahasa Melayu

9) Blog Pra Sekolah,  http://cikguani.blogspot.com/

10) Blog Cikgu Bimbingan Kaunseling http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com yang telah berpindah ke domain http://www.cikgukaunseling.com/ oleh Cikgu Ma.

Insha ALLAH, dari semasa ke semasa saya akan cuba update enarai blog cikgu-cikgu 1 Malaysia di blog saya ini sebagai kemudahan saya, keluarga saya,a dik-adik saya, dan khususnya para pelajar SMK Jengka Pusat 2 membuat rujukan.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan.

Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara :




(1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik

(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Contoh Internet Marketer yang berjaya ialah Encik Irfan Khairi.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. ‘Hospital maya’ sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet.

Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai ‘teleperubatan’. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

1) Medium penyebaran dakyah jahat

2) Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu.

3) Keselamatan dan privacy terganggu apabila pendedahan secara maksimum tentang diri dan keluarga dalam laman sosial internet. Dari laman sosial ini, didapati ada pasangan suami isteri boleh bercerai dikeranya, pasangan bercinta pun boleh putus cinta kernanya.

4) Medium penyebaran virus; Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa, virus CIH dan Malware yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya.Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC.

5)Pecah-masuk ke sistem lain

Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Selain itu, penggodam juga suatu masalah yang boleh menyebabkan webite sesebuah organisasi terganggu seperti yang berlaku semalam, Rabu, 15 jun 2011.

6) Pornografi

Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had.Maklumat tanpa sekatan di dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet.

Lebih malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila.

Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat. Minda mudah tercemar dan ini memerlukan ketahanan iman dan mantel serta asertif diri yang kuat. Katakan tidak kepada pornografi.

7) Menurunnya produktiviti syarikat.

Mutakhir ini ia seringkali dibicarakan sebagai satu faktor yang menyumbang ke arah menurunnya produktiviti syarikat jika pekerja melapangkan masa yang sepatutnya melakukan kerja kepada melayan Internet. Terutamanya dalam laman sosial dan laman sembang.

Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti laman sosial seperti Facebook dan Internet Relay Chatting (IRC) yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.

Jika ramai yang melakukannya ia akan membarah dan akhirnya kos operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber yang tidak betul.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .