Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerjaya Bagi Lulusan Bioteknologi

Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran 

SOALAN

Saya berminat dalam bidang bioteknologi. Apakah karier yang boleh saya ceburi nanti jika mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan.


JAWAPAN

Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di universiti dan pengurusan kerajaan.

Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.

Pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka.

Menurut satu laporan dari St. Louis Post-Dispatch pada 1 Januari tahun ini, enam tahun lalu, majikan-majikan tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan dari kursus juruteknik makmal bioteknologi.
Tetapi kini mereka sendiri sibuk menghubungi pelajar berkenaan dan memerlukan beratus-ratus orang dalam bidang tersebut.

Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga berkembang luas. Pada tahun 2000 barangan berkenaan di pasaran dunia bernilai RM221.16 billion dengan 27 peratus dari bidang kuasa, makanan (20 peratus), kimia (17 peratus), perkhidmatan kesihatan (15 peratus), pertanian (14 peratus) dan besi (7 peratus).

Bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan.

READMORE..




Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein.
Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.

Ia menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya, produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu pisang dan lain-lain.

Manakala disiplin daripada bidang bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi kod genetik.

Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk menghasilkan produk pengkomersialan.

Antara yang paling menonjol dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan beras.
Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin dunia.

Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian yang lain.

Sumber; klik sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .